Tiada penutupan Hospital Segamat - Menteri Kesihatan


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) menegaskan tiada penutupan perkhidmatan Hospital Segamat berlaku meskipun hospital berkenaan berdepan peningkatan jumlah pesakit.
Menurutnya, situasi semasa ditangani menerusi konsep Cluster Crisis Management bagi memastikan perkhidmatan kesihatan terus berjalan tanpa menjejaskan kebajikan pesakit.
"Langkah itu bertujuan mengurangkan kesesakan serta memastikan perkhidmatan berjalan lancar. Itu cara kami menangani keadaan tersebut.
"Pesakit yang sedang menerima rawatan di wad akan terus dirawat seperti biasa, manakala pesakit luar akan dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran jika perlu.
"Yang penting, tiada pemberhentian perkhidmatan dan tiada penutupan hospital. Perkhidmatan kesihatan tidak boleh dikompromi," katanya dipetik.
Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan dakwaan hospital berkenaan akan ditutup mulai 1 Julai ini, seperti yang tular menerusi media sosial.
Sementara itu, Dr Dzulkefly ketika ditanya mengenai cadangan penambahan kakitangan bagi mengatasi kesesakan di hospital berkenaan menjelaskan, pihaknya mengambil pendekatan memindahkan pesakit luar ke fasiliti alternatif.
Bagi memastikan kelancaran operasi, bantuan tenaga kerja dan kakitangan perubatan turut digerakkan bersama ke fasiliti berkenaan bagi menampung pertambahan pesakit dalam situasi krisis ini.




One of my favorite parts of World of Warcraft is that there is always something to work toward, whether it’s finishing a long questline, improving professions, or getting ready for the next dungeon run. I also enjoy the economic side of the game, where gathering materials, selling useful items, and keeping track of WoW Gold can make a real difference to my progress. Balancing time between farming, exploring, and gearing up is part of what keeps each adventure interesting.
Sprunki is a creative music game that lets players mix beats, experiment with different sound combinations, and create unique musical tracks in a fun, stress-free environment.