top of page

Tambahan 17 kerusi DUN Sarawak: Adakah libat urus negeri-Persekutuan dilakukan?

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Isu penambahan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menimbulkan persoalan mengenai tahap penyelarasan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan sebelum usul berkenaan diluluskan di peringkat DUN, khususnya berkaitan proses di peringkat Parlimen dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) berkata, secara peribadi beliau menyokong penambahan 17 kerusi baharu itu kerana ianya penting bagi memastikan lebih banyak kawasan, khususnya pedalaman dan komuniti di Sarawak mendapat representasi yang lebih adil dalam DUN berkenaan.


"Kita perlu bersikap adil dalam perkara ini, dilihat dari pelbagai aspek. Isunya sekarang ialah jadual. Prosesnya panjang, (tetapi) sudah diluluskan, tiada masalah. (Tetapi) sekarang ini di peringkat Persekutuan dan SPR.


"Tempoh masanya cukup atau tidak untuk 17 kerusi ini sah dipersiapkan untuk dipertandingkan pada PRN17 (pada 2027)? Di mana masalah? Kenapa perkara ini seolah-olah lambat sedangkan sudah diluluskan di DUN Sarawak.


"Pada pandangan saya secara peribadi, jangan-jangan tidak ada libat urus antara Kerajaan Sarawak dan Persekutuan sebelum usul 17 kerusi dibawa ke DUN dan diluluskan.


"Cubalah sekiranya yang (hal tadi) dibawa dalam Kaukus lebih awal. Jadi kedua-dua pihak (boleh) tetapkan jadual. Setelah diluluskan di DUN Sarawak, kemudian (di peringkat) Parlimen dan SPR. Semuanya akan berjalan dengan lancar," katanya dalam satu siaran video.


Roland berkata, apa pun beliau berharap semua proses berkenaan dilaksanakan secara telus supaya persempadanan kawasan dapat menghasilkan 17 kerusi yang adil serta mencerminkan suara rakyat Sarawak.


Katanya harapan itu disuarakan agar 17 kerusi yang baharu itu benar-benar mewakili suara penduduk yang mungkin selama ini suara mereka tidak terwakili dalam 81 kerusi sedia ada.


"Dengan adanya kerusi baru, maka akan ada suara-suara baharu dari kaum minoriti atau kawasan pedalaman," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page