Kerjasama universiti Jepun-M'sia tingkat kajian teknologi kriptologi kuantum
- Akmal Manaf

- 2 hours ago
- 1 min read

Lawatan rasmi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun disifatkan berjaya memperkukuh hubungan dua hala apabila menyaksikan pemuktamadan perjanjian jual beli gas asli cecair (LNG) jangka panjang antara PETRONAS dan JERA serta membuka ruang kerjasama baharu dalam bidang kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan teknologi digital.
Perkara tersebut dimaklumkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet yang diadakan di Putrajaya hari ini.
Susulan itu, Fahmi berkata PM Anwar menegaskan bahawa kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Malaysia, khususnya IPTA, dan universiti di Jepun perlu dipertingkatkan, termasuk dalam bidang kajian kuantum yang dilihat mempunyai potensi besar pada masa depan.
"Ini (kajian kuantum) merupakan satu bidang yang sangat penting termasuk dalam usaha untuk menggunakan pakai (teknologi) kriptologi kuantum dan enkripsi kuantum.
"Maka Datuk Seri Anwar telah minta agar usaha dipertingkatkan termasuk antara Keio University dan Universiti Malaya (UM) agar lebih banyak universiti melaksanakan kerjasama erat dengan universiti di Jepun," katanya lagi.




Comments