top of page

Sumud: MAPIM setuju bawa delegasi Selangor - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 9 hours ago
  • 1 min read
DS Amirudin dalam ucapan penangguhan Sidang DUN Selangor
DS Amirudin dalam ucapan penangguhan Sidang DUN Selangor

Delegasi Selangor bakal menyertai misi bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza melalui Global Sumud Flotilla 2.0.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sebagai penganjur misi tersebut bersetuju untuk menerima penyertaan delegasi tambahan, termasuk wakil dari Selangor.


"Alhamdulillah, saya telah berbincang dengan pihak penganjur dan mereka bersetuju serta sangat terbuka untuk membawa delegasi bersama ke sana.


"Cadangan penyertaan itu turut disokong rakan-rakan daripada pelbagai latar politik mencerminkan kesepakatan dalam isu kemanusiaan sejagat," katanya dipetik.


Amirudin yang juga penaung Misi Sumud Flotila 2.0 memaklumkan bahawa perkara berkenaan akan dirujuk kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj memandangkan baginda amat prihatin terhadap keselamatan, keamanan dan kelangsungan pentadbiran negeri.


"Segala keputusan untuk membawa delegasi negeri akan dibuat dengan mengambil kira aspek keselamatan serta kesiapsiagaan semua pihak.


"Risikonya ada pada sesi ini dan kita kena nilai bersama. Jika kita boleh kurangkan risiko itu, insya-Allah saya bersedia membawa delegasi tersebut," katanya dalam ucapan usul penangguhan Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page