top of page

Selangor agih Bakul NutriSel kepada 2,442 calon SPM sekolah berasrama

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
15 minutes ago
1 min read
DS Amirudin mengagihkan Bakul NutriSel kepada pelajar yang mengambil peperiksaan SPM
DS Amirudin mengagihkan Bakul NutriSel kepada pelajar yang mengambil peperiksaan SPM

Seramai 2,442 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah berasrama seluruh Selangor menerima Bakul NutriSel bagi membantu mereka sepanjang peperiksaan.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri menggunakan pendekatan berbeza bagi membantu menyokong pemakanan pelajar asrama memandangkan mereka sudah menerima hidangan harian yang disediakan pihak sekolah.


"Menerusi Program NUTRISEL SPM 2026, kita mengambil pendekatan berbeza bagi pelajar sekolah berasrama yang telah disediakan hidangan harian oleh pihak sekolah.


"Justeru, kita menyediakan Bakul NUTRISEL yang mengandungi makanan tambahan, vitamin serta kelengkapan lain bagi memastikan mereka lebih bersedia dan selesa sepanjang menghadapi peperiksaan," katanya menerusi hantaran Facebook.


Bantuan melibatkan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Maktab Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).


Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3 juta menerusi program NutriSel dan MegaNutriSel bagi menyediakan bantuan makanan tambahan kepada calon SPM di Selangor sepanjang tempoh peperiksaan.


Sebanyak 68,397 calon SPM sekolah harian di seluruh Selangor menerima hidangan makan tengah hari sepanjang lima hari peperiksaan bagi mata pelajaran teras.


Menurut Amirudin, inisiatif tersebut bukan sahaja memenuhi keperluan pemakanan, tetapi juga menyuntik semangat kepada calon untuk menghadapi peperiksaan sekaligus mencapai keputusan cemerlang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page