top of page

Segala usaha digembleng pastikan pembebasan sukarelawan Malaysia - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 3
  • 2 min read
DS Anwar ketika melawat Sumud Nusantara Command Center dan memberi penghormatan kepada sukarelawan
DS Anwar ketika melawat Sumud Nusantara Command Center dan memberi penghormatan kepada sukarelawan

Misi pembebasan sukarelawan Malaysia di bawah GSF yang ditahan tentera Israel terus diperhebatkan.


Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi jaminan bahawa kerajaan sedang menggembleng segala usaha bagi memastikan sukarelawan Malaysia yang bergabung dalam misi kemanusiaan Sumud Nusantara dibebaskan segera.


Beliau berkata demikian selepas berhubung dengan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center, Sani Araby.


"Pagi ini saya telah berhubung dengan saudara Sani Araby, Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center, bagi mendapatkan perkembangan terkini terkait usaha membawa pulang aktivis dan sukarelawan Malaysia.


"Saya memberi jaminan bahawa segala daya dan upaya sedang digembleng bagi memastikan semua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan segera tanpa sebarang kompromi," tegas Anwar dalam muat naik terbaharu di media sosial.


Sebagai Penaung Utama misi tersebut, Anwar turut menitipkan salam kepada keluarga delegasi Malaysia serta meminta agar aspek kesihatan dan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian penuh.


Maklumat yang disahkan oleh Wisma Putra, 15 aktivis Malaysia telah ditahan pihak tentera Israel dalam operasi pagi semalam dan mereka setakat ini disahkan selamat.


Kenyataan rasmi Wisma Putra menegaskan bahawa kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan sewajarnya menghubungi pemimpin antarabanagsa bagi merundingkan pembebasan segera sukarelawan.


"Kerajaan Malaysia sedang mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan serta memastikan pembebasan segera peserta Global Sumud Flotilla, khususnya 15 rakyat Malaysia," jelas kenyataan itu.


Menurut Wisma Putra lagi, arahan telah dikeluarkan kepada Perwakilan Malaysia di rantau berkenaan, termasuk Kedutaan Besar Malaysia di Amman (Jordan) dan Kaherah (Mesir), untuk bekerjasama rapat dengan kedutaan ASEAN di Tel Aviv.


"Kementerian ini telah menerima maklumat bahawa semua yang ditahan berada dalam keadaan selamat dan sihat, dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.


"Kementerian ini akan memastikan mereka menerima sokongan serta bantuan konsular yang diperlukan bagi menjamin kepulangan selamat mereka ke Malaysia," kata kenyataan itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page