top of page

Rozy Razit tekad bina kepercayaan rakyat melalui khidmat

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
Jul 10
1 min read
Rozy (tiga dari kanan) melakukan kempen saat akhir bertemu pengundi di DUN Buluh Kasap
Rozy (tiga dari kanan) melakukan kempen saat akhir bertemu pengundi di DUN Buluh Kasap

Kepercayaan rakyat tidak dapat dibina melalui janji semata-mata, sebaliknya melalui kehadiran yang konsisten, keikhlasan serta kesungguhan untuk memahami keperluan masyarakat.


Menyedari hal tersebut, calon Pakatan Harapan DUN N.01 Buloh Kasap, Noraziah Mohd Razit tampil dengan komitmen untuk terus mendekati masyarakat dan mendengar sendiri suara rakyat, bukan hanya sepanjang tempoh berkempen.


"Insya-Allah, saya akan terus datang. Bukan hanya untuk berkempen, tetapi untuk mendengar sendiri suara dan denyut nadi masyarakat," katanya menerusi hantaran di media sosial.


Terdahulu Noraziah atau lebih dikenali sebagai Rozy Razit berkongsikan sambutan dan kata-kata sokongan terhadapnya ketika sesi walkabout di Pasar Pagi Taman Yayasan pada Khamis.


Menerusi hantaran tersebut beliau merakamkan penghargaan kepada para peniaga dan pengunjung yang meluangkan masa bertemu, berkongsi pandangan serta memberikan doa dan sokongan sepanjang kempen berlangsung.


Menurut Rozy, beliau beriltizam menjadi suara rakyat serta memperjuangkan kebajikan dan pembangunan warga Buloh Kasap sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung esok.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page