top of page

Rantaian sektor berimpak tinggi di Selangor ditingkatkan - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Kerajaan Selangor akan mempertingkat keseluruhan rantaian nilai bagi sektor berimpak tinggi di negeri itu bagi memenuhi keperluan ekonomi masa depan.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, langkah mempertingkat rantaian sektor antaranya semikonduktor, reka bentuk litar bersepadu (IC) dan industri pembuatan generasi baharu itu seiring usaha memperkukuh pertumbuhan pelbagai industri antaranya elektrik dan elektronik (E&E), aeroangkasa, sains hayat, kenderaan elektrik dan ekonomi digital.


"Sektor ini akan mewakili fasa baharu transformasi ekonomi dalam Rancangan Selangor Kedua (RS-2) selain menawar peluang tinggi kepada pelabur yang mahu pertumbuhan jangka panjang dalam pasaran Asean.


"Di Malaysia, Selangor berada di depan dalam transformasi ini. Matlamat Selangor mahu menjadi pintu gerbang pasaran negara, Asean dan diperluas ke rantau Asia Pasifik," katanya dipetik.


RS-2 yang merupakan agenda pembangunan lima tahun sehingga 2030 yang menumpukan usaha memacu pertumbuhan ekonomi, malah memastikan kesejahteraan serta kelestarian kehidupan rakyat.

Menurut Amirudin, pelan tersebut yang akan dibentangkan dalam masa terdekat akan menumpukan pembangunan kawasan luar bandar, antaranya Hulu Selangor dan Kuala Selangor.


Sementara itu menurut beliau, Selangor menggalakkan penyertaan syarikat luar termasuk pengusaha telekomunikasi, infrastruktur digital, pusat data, teknologi serta perkhidmatan kewangan bagi memacu pelaburan lebih meluas.


Komitmen negeri menurutnya bukan hanya tertumpu kepada promosi sahaja sebaliknya memudah cara pelaksanaan, menyokong pengembangan perniagaan atau membangun bakat demi memastikan kejayaan.


"Selangor sedia menjadi rakan strategik yang dipercayai. Sama ada sektor pembuatan, infrastruktur digital atau perluaskan rantaian bekalan atau meneroka pasaran baharu di ASEAN," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page