top of page

Dua Penggal Dr Samsuri Tadbir Terengganu, Apa Yang Berubah?

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
2 minutes ago
1 min read

Dalam Forum Ekonomi SG4, kita mendengar sasaran pertumbuhan ekonomi 7 peratus setahun. Cita-cita yang besar. Tetapi angka sebenar Terengganu pada 2025 cuma 1.6 peratus

Oleh: Ahmad Firdaus Mohd


ULASAN: Pada tahun 1995, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Terengganu 50 peratus lebih tinggi daripada purata Malaysia. Lebih separuh ekonomi negeri disumbangkan oleh sektor perlombongan, khususnya minyak dan gas.


Tetapi pada tahun yang sama, 23.7 peratus isi rumah Terengganu masih hidup dalam kemiskinan. Purata pendapatan isi rumah hanya RM1,113 berbanding RM2,007 di peringkat nasional.


Maknanya, Terengganu sudah lama berdepan masalah. Negeri kaya dengan hasil bumi tetapi kekayaan itu tidak cukup diterjemahkan kepada pendapatan rakyat.


Keadaan tidak berubah


Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi Menteri Besar pada Mei 2018. Sudah lebih lapan tahun beliau diberi tanggungjawab mengubah keadaan.


Namun, pada 2025, ekonomi Terengganu hanya berkembang 1.6 peratus, paling perlahan di Malaysia. Malah, jauh ketinggalan berbanding Kedah dan Kelantan yang masing-masing berkembang 4.1 peratus, serta Pahang 3.2 peratus.


Lebih membimbangkan, sebanyak 94.5 peratus sektor pembuatan Terengganu masih tertumpu pada kelompok produk petroleum, kimia, getah dan plastik. Ekonomi negeri masih belum cukup dipelbagaikan walaupun memiliki potensi besar dalam sektor lain, termasuk pelancongan.


Dalam Forum Ekonomi SG4, kita mendengar sasaran pertumbuhan ekonomi 7 peratus setahun. Cita-cita yang besar. Tetapi angka sebenar Terengganu pada 2025 cuma 1.6 peratus.


Penulis tidak menyalahkan Dr Samsuri atas masalah yang bermula puluhan tahun sebelum beliau menjadi Menteri Besar. Tetapi selepas lapan tahun mentadbir, tentulah kita berhak menilai sejauh mana beliau berjaya menyelesaikannya.


Sebab tugas kerajaan bukan sekadar mewarisi masalah tetapi menyelesaikannya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page