top of page

Rahayu fokus beri khidmat terbaik untuk penduduk Merlimau

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
11 hours ago
1 min read
Rahayu (kiri) berkempen merayu undi dari rumah ke rumah
Rahayu (kiri) berkempen merayu undi dari rumah ke rumah

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Rahayu Hamzah fokus untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.


Menurutnya, pendekatan secara bersemuka menerusi kempen dari rumah ke rumah akan menjadi strategi mendekati pengundi sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.


Rahayu berkata, sambutan positif oleh penduduk di sekitar Merlimau memberikan ruang untuk beliau berkunjung dan memperkenalkan diri tanpa sebarang penolakan.


"Alhamdulillah, setakat ini sepanjang saya turun padang, tiada penolakan daripada penduduk di Merlimau.


"Terima kasih kepada orang Merlimau yang sudi menerima kehadiran saya," katanya dipetik laporan media.


Untuk rekod, kerusi DUN Merlimau menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Rahayu dan penyandangnya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh daripada Barisan Nasional (BN).


Dalam pada itu, Rahayu mengakui tidak berasa gementar atau tertekan berdepan saingan calon lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.


"Alhamdulillah, setakat ini saya tidak ada rasa gementar atau takut. Kita sudah mengetahui siapa lawan kita dan apa yang kita fokuskan sekarang adalah memberikan khidmat serta melakukan yang terbaik untuk orang ramai.


"Kita mahu buat yang terbaik untuk masyarakat dan membantu apa yang sepatutnya," katanya ketika ditemui.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page