top of page

Putar belit isu kaum, agama dapatkan kuasa tidak bawa kebaikan kepada negara

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
12 hours ago
2 min read
DS Amirudin berucap dalam bertajuk ‘Skandal Tabung Haji: Siapa Khianati Orang Melayu Islam?’
DS Amirudin berucap dalam bertajuk ‘Skandal Tabung Haji: Siapa Khianati Orang Melayu Islam?’

Politik perkauman dan agama didakwa digunakan pihak tertentu untuk meraih sokongan sehingga mengalih perhatian rakyat daripada skandal penyelewengan yang membabitkan kepentingan mereka, kata Datuk Seri Amirudin Shari.


Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) itu berkata, PH datang dengan reputasi yang konsisten iaitu pembelaan kepada rakyat, memastikan negara dan negeri ditadbir dengan baik selain memastkan wang negara sampai kepada rakyat dengan sebaik mungkin.


"Tidak ada penyelewengan, tidak ada salah guna kuasa dan pastikan rakyat berbilang kaum dalam negara kita ini hidup aman dan damai.


"Bayangkan dalam Pilihanraya Negeri Selangor pada 2023, antara perkara-perkara terhebah kononnya kalau negeri kekal dalam gelombang merah atau di bawah dakapan PH, anak-anak kita tidak boleh lagi memakai tudung dan anak-anak akan tukar kain (kepada) warna merah.


"Politik perkauman atau politik identiti inilah yang telah memerangkap banyak negara, bangsa yang keputusan akhirnya tidak akan membawa kepada kebaikan.


"Akhirnya negara, pentadbiran dan pengurusan perlu menguruskan dan mentadbir nasib rakyat demi memastikan rakyat mendapat pembelaan," katanya.


Beliau berkata demikian etika menyampaikan ceramah umum sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bertajuk ‘Skandal Tabung Haji: Siapa Khianati Orang Melayu Islam?’.


Ceramah itu diadakan di Pekarangan Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) malam tadi.


Menceritakan lanjut, Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, isu Tabung Haji (TH) sering dikaitkan dengan agama kerana institusi itu melibatkan umat Islam, sekali gus mencerminkan amalan politik perkauman dan agama yang didakwa digunakan pihak tertentu untuk meraih kuasa dan sokongan undi.


"Sebab apa isu TH dibangkitkan? Kerana orang Islam, inilah bayangan yang saya sebut politik perkauman dan agama. Setiap isu diputar, dikelilingi ke arah isu kaum dan agama.


"Kerana mereka percaya dengan permainan ini mereka akan dapat kuasa. Menang undi boleh berkawan dengan Umno sebab yang terlibat adalah pimpinan pimpinan Umno. Ia berlaku di tahun 2014 - 2015, ketika itu pun sebahagian daripada mereka ada kawan dengan kita (PH) atau Pakatan Rakyat (PR).


"Najib baru dapat pengampunan sebahagian atau pengurangan hukuman. Antara isu utama yang menyebabkan Najib masuk penjara bukan kes 1MDB. 1MDB dah masuk hukuman kedua iaitu 15 tahun. Hukuman pertama tak silap saya 8 tahun atau 4 tahun adalah hukuman yang dinamakan SRC.


"Apa kaitan kes SRC dan skandal TH? Ini duit orang Islam, ibu bapa nak simpan untuk pergi haji, nak dapat keberkatan dalam kehidupan. Duit itu dibelanjakan sebanyak RM35 juta kepada sebuah syarikat.


"Orang ingin belanja untuk pergi haji, tunaikan ibadah paling tinggi (tetapi) duit ini mengalir kepada skandal terbesar dalam negara kita.


"Apa pendirian Pas yang kata nasib umat Islam terancam? Yang sikit-sikit cuba untuk melindungi kenyataan presidennya (kononnya isu TH) untuk memalukan umat Islam?," tanyanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page