top of page

PRN Melaka: Pengundi ambil kira rekod cemerlang PH tadbir Melaka

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
48 minutes ago
1 min read

Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (gambar) menyeru pengundi membuat penilaian secara matang untuk memilih pemimpin yang bakal mentadbir negeri Melaka.


Menurutnya, pengundi terutama golongan muda wajar mengambil kira rekod pencapaian cemerlang gabungan itu ketika mentadbir negeri pada 2018 hingga 2020.

"Kita mahukan sebuah kerajaan yang baik dan berharap pengundi muda dapat berfikir secara matang dengan melihat pencapaian yang pernah kita lakukan sepanjang tempoh pemerintahan.


"PH merupakan kerajaan di peringkat Persekutuan. Kalau hendak melihat kecemerlangan di Melaka, lihat pencapaian pada 2018 hingga 2020," katanya dipetik laporan media.


Beliau sementara itu optimis gabungan tersebut mampu mencatat kemenangan dalam PRN yang akan berlangsung pada 14 November ini.


Keyakinan itu berdasarkan sambutan positif masyarakat ketika program turun padang bertemu penduduk sepanjang tempoh kempen.


Mengulas agenda khusus di DUN Durian Tunggal, Ashraf Mukhlis berkata, beliau mengambil maklum aspirasi disuarakan golongan pesawah agar kawasan sawah padi terus dipelihara sebagai warisan sekaligus melindungi kepentingan petani.


"Durian Tunggal mempunyai warisan yang perlu kita jaga iaitu sawah padi. Apabila bertemu pesawah, mereka memang meminta supaya perkara ini diperjuangkan.


"Saya melihat wajar untuk kita mewujudkan kawasan sawah sebagai sawah warisan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page