top of page

Kerajaan Selangor siasat dakwaan teroka hutan punca banjir kilat

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 hour ago
1 min read
Exco Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin
Exco Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin

Dakwaan aktiviti penerokaan hutan di sekitar Hutan Simpan Bukit Cherakah yang dikaitkan dengan kejadian banjir kilat di Puncak Alam akan disiasat.


Exco Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung aktiviti penerokaan hutan di kawasan berkenaan, namun akan merujuk semula perkara itu Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).


"Maklumat yang saya ada sekarang adalah kawasan Hutan Simpan Bukit Cherakah masih dikekalkan meliputi 1,298.86 hektar manakala Hutan Simpanan Bukit Cherakah Tambahan seluas 982.80 hektar.


"Kedua-dua kawasan diuruskan JPNS sebagai hutan perlindungan selain menjadi habitat pelbagai fauna dan flora. Sebahagian kawasan ini menempatkan Taman Botani Negara Shah Alam dan berfungsi sebagai kawasan tadahan air," katanya dipetik laporan media.


Beliau ditemui pada majlis perasmian penutupan Karnival Ban Canal 2026 di Parit 14, Sabak Bernam pada Sabtu.


Permuafakatan Persatuan Penduduk Puncak Alam baru-baru ini mendakwa kawasan sekeliling Hutan Simpan Bukit Cherakah kini berdepan kejadian banjir kilat berulang sepanjang tahun.


Kejadian banjir kilat baru-baru ini menurut mereka mempunyai kaitan dengan aktiviti pembersihan hutan di pinggir kawasan simpan berkenaan susulan sebahagian kawasan hutan seluas lebih 1,200 hektar itu dikatakan telah dinyahwarta.


Mengulas penganjuran Karnival Ban Canal, Jamaliah berkata bahawa program tersebut berupaya memperkukuh kedudukan kawasan berkenaan sebagai produk pelancongan unggul di utara Selangor.


Pembangunan kawasan Ban Canal turut menyokong aspirasi mampan yang menitikberatkan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan masyarakat, dan pemeliharaan alam sekitar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page