top of page

PH Melaka tekad kurangkan birokrasi permohonan bantuan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
42 minutes ago
1 min read

Pakatan Harapan (PH) Melaka berhasrat mengurangkan kerenah birokrasi dalam urusan permohonan bantuan serta memastikan setiap keputusan dibuat berdasarkan prosedur yang jelas.


Pengerusinya, Adly Zahari (gambar) berkata, proses penilaian kelayakan bantuan kebajikan wajar dilaksanakan secara profesional oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tanpa perlu bergantung campur tangan wakil politik.


Pendekatan tersebut menurutnya dapat memastikan penyaluran bantuan kepada golongan yang memerlukan dibuat secara telus dan berdasarkan kelayakan sebenar.


"Penilaian sewajarnya jadi tanggungjawab pegawai JKM, bukannya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).


"Ini antara perkara yang selalunya menjadi rungutan dalam kalangan rakyat dan proses birokrasi ini bukan sahaja kepada kebajikan tetapi kepada aspek lain termasuk dalam sistem," katanya dipetik laporan media.


Mantan Ketua Menteri itu juga menegaskan, komitmen itu sebahagian daripada aspirasi Melaka Rumah Kita yang mengutamakan pentadbiran bersih, telus dan berintegriti.


Sementara itu tambanya, rakyat juga perlu diberikan maklumat lengkap mengenai syarat permohonan, tempoh pemprosesan dan alasan sesuatu keputusan.


Hal itu supaya mereka tidak perlu bergantung kepada orang tengah atau hubungan politik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page