top of page

Perang Iran: PBB main peranan pulihkan kestabilan - David Cheong

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • Mar 3
  • 1 min read

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa agar mengambil tindakan tegas dengan kadar segera untuk meredakan ketegangan susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Republik Islam Iran.


Pengerusi Biro Perpaduan Negeri Selangor, David Cheong Kian Young berkata, pihaknya turut menuntut agar menghentikan serangan dan mengutamakan rundingan diplomatik serta gencatan senjata.


"Lindungi nyawa orang awam dan pulihkan kestabilan serantau melalui tindakan segera.


"Perkukuhkan juga peranan PBB. Pimpin negara anggota untuk bekerjasama menyelesaikan konflik secara damai dan adil.


"Pastikan juga semua tindakan berlandaskan undang-undang antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.

David Cheong Kian Young
David Cheong Kian Young

David yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang berkata, tuntutan juga ditujukan kepada semua pihak agar menghentikan pertikaian di wilayah konflik.


Katanya, geopolitik berasaskan paksaan dan tekanan kuasa besar tidak boleh dijadikan instrumen menentukan hala tuju negara berdaulat.


"Peningkatan ketegangan menimbulkan risiko serangan balas, kemusnahan infrastruktur kritikal dan kehilangan nyawa orang awam.


"Keadaan ini menuntut tindakan pantas untuk mengurangkan risiko dan melindungi nyawa.


"Kami mengutuk serangan AS dan Israel terhadap Republik Islam Iran. Tindakan ini agresif dan melanggar kedaulatan negara berdaulat.


"Ia menyalahi piagam PBB yang melarang serangan terhadap wilayah negara lain. Serangan ini mengancam keamanan dan kestabilan di Asia Barat dan menimbulkan risiko besar kepada masyarakat antarabangsa," ujarnya.


David turut menzahirkan bahawa pihaknya berdiri teguh bersama rakyat Iran.


Dalam kenyataan sama, beliau menyifatkan rakyat Iran berhak menentukan masa depan tanpa paksaan dan keganasan.


"Dunia memerlukan keamanan yang nyata, bukan pertikaian yang berpanjangan. Kami menyeru AS dan Israel menghentikan serangan dan memilih diplomasi.


"Semua negara perlu bekerja bersama-sama untuk membina kestabilan dan perpaduan global," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page