top of page

Penyelaras DUN Batang Kali anjur pertandingan masak bubur lambuk

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 1 hour ago
  • 1 min read
Shaifuddin (bersongkok) meninjau peserta pertandingan bubur lambuk yang sedang memasak
Shaifuddin (bersongkok) meninjau peserta pertandingan bubur lambuk yang sedang memasak

Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Batang Kali pada Sabtu menganjurkan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk Perdana sebagai usaha menyemarakkan semangat komuniti setempat sempena bulan Ramadan.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad menerusi perkongsian di Facebook berkata, pertandingan itu merupakan edisi kedua, setelah dianjurkan buat pertama kali tahun lalu.


"Tahun ini pertandingan lebih istimewa kerana mengetengahkan tema era 70-an, 18 kumpulan turun berentap dengan resipi rahsia dan gaya masakan masing-masing.


"Kira-kira 5,000 mangkuk bubur lambuk berjaya disediakan dan diagihkan kepada penduduk sekitar Batang Kali," katanya menerusi satu hantaran di media sosial.


Beliau yang juga Penyelaras DUN Batang Kali sementara itu menegaskan, tradisi memasak bubur lambuk bukan sekadar menyediakan juadah berbuka, sebaliknya simbolik kepada muafakat dan keakraban rakyat.


Justeru beliau bercadang menjadikan pertandingan itu sebagai acara tahunan dengan penganjuran lebih besar dan penyertaan lebih banyak kumpulan.


"Semoga acara seperti ini terus mengeratkan hubungan silaturahim, menyalakan semangat kebersamaan, dan menghidupkan budaya muafakat dalam komuniti kita.


"Keamanan dan keharmonian negara perlu terus dipertahankan supaya setiap rakyat dapat hidup sejahtera, bersatu padu, dan nilai-nilai murni ini dapat diteruskan dan diwariskan kepada generasi akan datang," tambahnya.


Saifuddin sementara itu memaklumkan, pertandingan menawarkan hadian RM1000 berserta trofi kepada pemenang tempat pertama.


Hadiah RM700 untuk tempat kedua dan RM500 bagi pemenang tempat ketiga.


Sementara pemenang tempat ke empat dan seterusnya masing-masing menerima sumbangan cenderahati RM200 sebagai tanda penghargaan.


"Tahniah kepada Kumpulan Kampung Melayu Rasa yang muncul juara pertandingan ini, dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kumpulan lain atas penyertaan penuh semangat


"Terima kasih juga kepada semua peserta dan penduduk setempat yang hadir, memeriahkan acara hari ini," katanya dalam hantaran sama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page