top of page

Pencabar MB Johor tawar masa depan lebih baik untuk DUN Machap

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Nur Hafiz menekankan PH bakal mengumumkan manifesto lebih baik berbanding BN. Kredit foto: FMT
Nur Hafiz menekankan PH bakal mengumumkan manifesto lebih baik berbanding BN. Kredit foto: FMT

Calon KEADILAN mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N26 Machap, Nur Hafiz Roslan tidak gentar sebagai pencabar Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi yang menyandang kerusi itu.


Menurut Nur Hafiz, dalam memenangi sokongan pengundi di Machap, pihaknya percaya PH boleh menawarkan tawaran lebih baik kepada penduduk berbanding apa yang dilakukan Onn Hafiz ketika ini.


Malah beliau yakin kawasan tersebut akan lebih berkembang pesat sekiranya PH diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.


"Setelah kita meneliti kekurangan yang perlu ditambah baik, saya percaya penambahbaikan boleh dilakukan khusus di Machap," katanya dipetik laporan media.


Mengulas lanjut, beliau yang juga Exco Pemuda AMANAH berkata, PH akan membentangkan manifesto serta tawaran yang lebih baik kepada pengundi di Machap dengan memberi penekanan terhadap pembangunan kawasan tersebut.


Malah kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan amat penting bagi memastikan agenda pembangunan di Johor dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.


"Kami cukup yakin dan percaya bahawa sekiranya Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat bersama-sama bergabung dan bekerjasama dengan baik maka Johor akan lebih maju dan ke hadapan," tambahnya.


Sementara itu beliau turut merayu sokongan rakyat Johor khususnya pengundi Machap untuk memberi peluang kepadanya berbakti dan berkhidmat di kawasan itu.

"Saya akan melaksanakan usaha bersungguh-sungguh (manifesto yang ditawarkan)," katanya.


Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan pertembungan dua penjuru di DUN Machap yang menyaksikan Nur Hafiz akan berdepan Onn Hafiz yang juga pengerusi BN Johor.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page