top of page

Pakej Daya Tahan Selangor 2.0 dibentang di sidang khas Dewan Negeri

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jun 18
1 min read

Kerajaan Selangor akan membentangkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor fasa kedua dalam sidang khas Dewan Negeri Selangor (DNS) yang bermula 19 Jun ini.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, sidang khas tersebut bakal menjadi medan Ahli Dewan Negeri (ADN) berbahas, meneliti dan memberi input terhadap pelbagai inisiatif yang dirangka bagi menangani kesan konflik di Asia Barat itu.


"Sidang ini diadakan tiga hari bagi memberi ruang secukupnya kepada ADN untuk membincang cadangan yang dikemukakan dan menambah baik pelaksanaan dasar yang dirancang," katanya dipetik laporan media tempatan.


Sementara itu menurut Amirudin, pakej fasa kedua akan memberi tumpuan kepada usaha melindungi syarikat dan subsektor ekonomi terjejas akibat konflik.


Beliau menjangkakan nilai peruntukan tersebut lebih besar berbanding pakej fasa pertama yang dilancarkan sebelum ini.

"Pakej fasa kedua itu dijangka melibatkan kos lebih besar berbanding fasa pertama kerana merangkumi cadangan pengecualian tertentu serta sumbangan kepada syarikat terjejas," tambahnya.


Sebagai rekod, Selangor merupakan negeri pertama memperkenalkan dana bagi menghadapi krisis di Asia.


Pakej fasa pertama dengan nilai RM131 juta dilancarkan baru-baru ini bertujuan mengukuhkan keterjaminan bekalan makanan selain mengawal kadar inflasi daripada naik keterlaluan.


Pakej tersebut turut menyediakan bantuan bersasar kepada golongan rentan dengan menggunakan peruntukan negeri dalam Belanjawan Selangor 2026 yang disusun semula mengikut keperluan semasa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page