top of page

Otai Reformis Johor, ADUN Mengkibol jayakan gotong-royong bubur lambuk

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 12 hours ago
  • 1 min read
Otai Reformis dan ADUN mengkibol berganding bahu menjayakan gotong royong bubur lambuk
Otai Reformis dan ADUN mengkibol berganding bahu menjayakan gotong royong bubur lambuk

Program gotong-royong memasak bubur lambuk anjuran Otai Reformis Johor berlangsung meriah semalam dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol.


Program yang diadakan pada Jumaat itu menyaksikan penglibatan aktif komuniti setempat dalam menyediakan juadah tradisi Ramadan untuk diagihkan kepada orang ramai.


Menurut kenyataan media penganjur, program berkenaan berjaya dilaksanakan hasil semangat kebersamaan dan kerjasama semua pihak yang terlibat.


"Alhamdulillah, selesai sudah tengah hari tadi bersama-sama Otai Reformis dan DUN Mengkibol, menjayakan program gotong-royong memasak bubur lambuk," kata kenyataan tersebut.


Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada ADUN Mengkibol, Chew Chong Sin yang hadir memeriahkan serta bersama-sama menjayakan program berkenaan.


"Terima kasih kepada ADUN Mengkibol, Chew Chong Sin yang sudi bersama-sama memeriahkan program tersebut," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page