top of page

Net Exporter: Malaysia Bukan Negara Pengeluar Minyak Setaraf Rantau Arab

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read

Updated: 1 day ago


Oleh: Edy Noor Reduan


ULASAN: Madani bukan kerajaan populis. Sebab itu keputusan yang diambil hari ini atau pada bulan April nanti mungkin tidak popular, tetapi itulah yang negara perlukan.


Madani buat apa yang perlu, bukan laksana apa yang sedap didengar.


Tidak menolak kemungkinan, Kerajaan Madani akan kehilangan undi dengan pelbagai keputusan yang kurang popular, namun Madani memilih untuk tidak menggadaikan masa depan negara demi populariti sementara.


Pilihanraya bukan lama lagi, bermula di Melaka dan Johor. Kalau Madani nak menang, subsidikan sahaja semua harga petrol/diesel ketika krisis perang Iran ini. Tetapi, Madani sebuah kerajaan bertanggungjawab.


Apa gunanya menang pilihanraya kalau negara yang diwariskan nanti penuh masalah?


Jangan ungkit fakta tahun 2008


Ramai yang terlepas fakta, bahawa sejak 2024 kita bukan lagi negara pengeluar minyak yang solid. Mereka (pembangkang) masih nak banding ayat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam debat Anwar-Shabery tahun 2008.


Dulu (tahun 2008) kita ‘net exporter’, hasilkan 750,000 tong dan guna cuma 400,000 tong sehari. Maka negara kita akan beroleh keuntungan dengan kenaikan setiap dollar harga minyak global.


Sekarang (sejak 2024) kita bukan lagi net exporter solid, hasilkan 570,000 tong dan penggunaan domestik 750,000 sehari. Defisit sekitar 200 ribu tong sehari, kenaikan harga petrol global pasti akan menambah jumlah subsidi.


Adakah mereka tak sedar jumlah kenderaan dan penggunaan minyak 18 tahun yang lalu tidak sama dengan hari ini? Malah jumlah tong minyak yang digali juga adalah kurang berbanding dua dekad lalu.


Pengangkutan awam, barangan guna diesel subsidi


Kita bising diesel naik 80 sen tiga minggu berturut, tapi segala lori ‘essential’ ada fleetcard, dan majoriti pengguna 4x4 masih dapat subsidi kini RM300 sebulan.

Krisis bahan api di Thailand, pengguna beratur mengisi petrol/diesel di stesen minyak
Krisis bahan api di Thailand, pengguna beratur mengisi petrol/diesel di stesen minyak

Pembangkang di semenanjung juga bising mempersoal mengapa diesel di Sabah Sarawak kekal RM2.15, dengan bermacam sindiran. Mereka bercakap seolah tidak ada otak yang mampu memproses bahawa adil itu bukan sama rata.


Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia yang mempunyai MyKad dengan lesen memandu yang sah, layak untuk menikmati 300 liter RON95 dengan harga RM1.99 seliter, harga syurga buat seluruh Asia kecuali Brunei. Ya, anda tentulah bukan si bodoh yang cuba banding hasil petroleum Malaysia dengan Brunei.


Penyelarasan kuota lebih baik daripada kurang subsidi


Semalam diumumkan jumlah kuota 300 liter itu dikurangkan kepada 200 liter bermula pada bulan April nanti, yakinlah bahawa pengurangan kuota demi penjimatan itu adalah lebih baik dari dikurangkan terus subsidi (naikkan harga RON95).


Kajian menunjukkan 90% rakyat guna 200 liter sebulan, maka berjimatlah kita dengan kuota yang ada, rancang perjalanan, gunakan kuota itu sebaiknya.


Kita sebagai rakyat ayuh hadap krisis ini bersama, jangan salahkan kerajaan semata-mata.


Kerajaan Madani telah lakukan segala daya dengan persediaan yang sewajarnya, sebab itu kita perlu banding dengan negara Asia yang lain, bagaimana paniknya mereka apabila petrol/diesel dicatu, ketika kita masih lagi dok tanya “dah raya rumah wan ongah ke belum”?


Lihat video terbaru keadaan berlaku di Thailand, Indonesia, Filipina, India, dan banyak lagi negara lain berlaku seumpama ini, tetapi tidak di Malaysia. Mengapa?

Penulis merupakan Pengerusi KARESMA, Kelab Rakan Media Siasah Madani

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page