top of page

MPN Selangor gariskan langkah strategik kukuh kekuatan parti

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 days ago
  • 1 min read

Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Selangor pada Sabtu membuat beberapa keputusan penting bagi memperkukuh kekuatan organisasinya.


KEADILAN Selangor menerusi satu kenyataan berkata, mesyuarat memuktamadkan lantikan Pegawai Penyelaras bagi DUN Ijok, DUN Bukit Melawati, DUN Sungai Kandis, serta Parlimen Kuala Langat serta beberapa lantikan lain.


Langkah itu bertujuan untuk memastikan perkhidmatan terbaik terus diberikan kepada rakyat di negeri tersebut.


"Selain itu, bagi memperkemas persiapan organisasi, satu taklimat jentera pilihan raya akan diadakan pada 15 Mac 2026 melibatkan Parlimen dan DUN tumpuan.


"Taklimat ini bertujuan menggembleng kekuatan jentera di semua peringkat agar lebih bersedia menghadapi cabaran politik semasa," kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar).


Selain itu menurutnya, Pengerusi MPN Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi mesyuarat itu menyeru semua Cabang memberi fokus kepada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang perlu diselesaikan sebelum 19 April 2026, selain mempergiat usaha memperkukuh keanggotaan di peringkat akar umbi.


"Seluruh jentera penerangan dan komunikasi juga diarahkan memperhebat penyampaian maklumat berkaitan kejayaan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri, serta menjawab isu-isu tempatan yang tular.


"Langkah ini bagi memastikan rakyat mendapat gambaran sebenar dan tidak terpengaruh dengan polemik melibatkan isu 3R (Raja, Agama dan Kaum)," jelasnya.


Saifuddin dalam sama turut menyatakan komitmen KEADILAN Selangor memperluas keanggotaan parti, dan membuka lebih banyak ranting baharu.


"Usaha ini penting bagi memastikan Selangor terus menjadi benteng kuat reformasi dan pentadbiran berpaksikan kepentingan rakyat," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page