Kerajaan teliti impak ekonomi susulan serangan Israel-AS terhadap Iran
- Suara Keadilan

- Mar 1
- 1 min read

Kerajaan bakal meneliti secara menyeluruh kesan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran terhadap ekonomi negara.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata, terdapat beberapa perkara utama yang perlu diteliti susulan serangan itu termasuk hubungan langsung Malaysia dengan Iran serta kesan ketegangan geopolitik di Timur Tengah terhadap ekonomi global.
Tambahnya, walaupun terlalu awal untuk membuat telahan menyeluruh mengenai tahap gangguan ke atas ekosistem ekonomi dunia, namun perkembangan geopolitik itu tidak boleh dipandang ringan.
"Sudah pasti satu sudut penting yang akan dinilai ialah soal pengeluaran petrol dan gas kerana Iran memainkan peranan di peringkat rantau dan juga dunia.
"Selain itu, kita perlu melihat kesan berantai terhadap keseluruhan rantaian ekonomi global.
"Malaysia tidak boleh mengambil mudah sebarang gangguan terhadap ekonomi dunia dan perlu terus memperkukuh daya tahan ekonomi domestik agar negara tidak terjejas sekiranya berlaku krisis antarabangsa," katanya dipetik.
Akmal berkata demikian selepas menyempurnakan Kempen Seorang Sekampit Beras di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di Johor Bahru pada Sabtu.
Terdahulu, Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap Iran pada Sabtu, manakala Iran melakukan serang balas ke atas pengkaan AS di Arab Saudi, Kuwait, Bahrain dan musuh utamanya, Israel.




Comments