top of page

Kerajaan Selangor bantu pekerja terjejas penutupan kilang Panasonic

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan Selangor bakal mengadakan pertemuan dengan kumpulan pekerja kilang Panasonic yang terjejas akibat penutupan operasi Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn Bhd menjelang Mac tahun hadapan.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dipetik laporan media tempatan berkata, pertemuan akan diatur Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor V Papparaidu dan wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).


"Pertemuan dengan kumpulan terbabit untuk mencari dan menawarkan sokongan yang diperlukan, terutama pada saat kemungkinan kilang mereka akan ditutup.


"Langkah intervensi awal seperti bantuan bakul makanan itu sudah semestinya kita akan buat tetapi juga (membantu) carikan pekerjaan untuk mereka supaya mereka boleh menyambung kehidupan yang telah dibina bertahun-tahun di negeri ini," katanya dipetik laporan media tempatan.


Amirudin berkata begitu pada sidang media selepas merasmikan program Mega Jobcare Selangor 2026 di Shah Alam pada Sabtu.


Panasonic sebelum ini dilapor akan menghentikan operasi fasilitinya di Shah Alam sebagai sebahagian langkah penstrukturan semula global bagi memperkukuh daya saing perniagaan produk audio visual untuk pengguna.


Sementara itu, Papparaidu dalam sidang media sama berkata, kerjasama dengan PERKESO dijangka dapat membantu pekerja terjejas menerusi perlindungan kewangan dan bantuan kebolehkerjaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page