top of page

Kerajaan pantau keselamatan peserta Global Sumud Flotilla 2.0 - Amirudin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read
DS Amirudin (berjaket hitam) berbincang dengan peserta GSF 2.0 sebelum pelayaran bermula
DS Amirudin (berjaket hitam) berbincang dengan peserta GSF 2.0 sebelum pelayaran bermula

Kerajaan akan memantau perjalanan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bagi memastikan keselamatan setiap peserta dari Malaysia terjamin terutama ketika melalui zon berisiko.


Perkara itu ditegaskan Ketua delegasi Malaysia untuk Misi Bantuan Kecemasan ke Gaza, Datuk Seri Amirudin Shari kepada peserta Malaysia ketika memantau keberangkatan armada pelayaran ke dari pelabuhan Barcelona di Sepanyol menuju ke Gaza.


"Kita akan memantau keadaan dari semasa ke semasa, memastikan kelancaran, keselamatan kepada semua delegasi yang datang bersama kita," katanya dipetik.


Amirudin yang diiringi sekumpulan peguam daripada Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) turut memberi kata-kata semangat kepada aktivis Malaysia yang menaiki kapal belayar ke arah Palestin.


Kontigen Malaysia GSF 2.0 memulakan pelayaran dari Sepanyol ke arah Gaza, Palestin
Kontigen Malaysia GSF 2.0 memulakan pelayaran dari Sepanyol ke arah Gaza, Palestin

Sambil memuji kecekalan delegasi negara, beliau turut mendoakan agar pelayaran yang membawa bantuan kemanusiaan itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan hingga mencapai matlamat utamanya.


"Sekali lagi kepada semua delegasi Malaysia, saya ucapkan salam tahniah khusus daripada rakyat Malaysia atas pengorbanan yang telah diberikan.


"Kita doakan perjalanan kita yang baru bermula akan lancar, sampailah dapat kita mencapai misi Sumud Flotilla 2.0. Doa rakyat Malaysia untuk anda semua," katanya.


GSF 2.0 bertujuan memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza serta menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.


Misi kali ini membabitkan lebih 80 kapal dan kira-kira 1,000 peserta dari seluruh dunia, menggabungkan usaha maritim dengan gerakan mobilisasi global di darat termasuk advokasi undang-undang serta kempen solidariti di pelbagai negara.

Ribuan penyokong dari pelbagai negara berhimpun di Moll de la Fusta bagi mengiringi pelepasan misi berkenaan pada Ahad.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page