top of page

Kerajaan MADANI teroka potensi kerjasama membantu Palestin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Dr Zulkifli (kanan) berbincang bersama Duta Besar Palestin ke Malaysia Jehad Fouad Alqdra
Dr Zulkifli (kanan) berbincang bersama Duta Besar Palestin ke Malaysia Jehad Fouad Alqdra

Kerajaan MADANI sedang berusaha meneroka potensi kerjasama dengan Palestin bagi jangka masa pendek dan panjang.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, kerjasama tersebut bakal menumpukan usaha-usaha mempekukuh hubungan strategik serta perluasan ruang kolaborasi demi manfaat ummah sejagat.


"Kerajaan komited untuk terus membantu dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin di Gaza ke arah mencapai keamanan dan kestabilan di wilayah berkenaan.


"Kita sedang berusaha meneroka bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan dalam jangka masa terdekat dan juga jangka panjang.


"Pada masa sama, kita turut meneliti ruang kerjasama yang dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin, bukan sahaja di Gaza tetapi juga di Baitulmaqdis," katanya dipetik.


Terdahulu, Dr Zulkifli menerima Kunjungan Hormat Delegasi Duta Besar Palestin ke Malaysia Jehad Fouad Alqdra, di Putrajaya.


Pada pertemuan itu, kerjasama dalam aspek hal ehwal agama seperti halal, zakat , wakaf dan pendidikan Islam serta bantuan kemanusiaan turut dibincangkan.


Dr Zulkifli turut memberi komitmen pihaknya untuk berusaha sebaik mungkin menyalurkan bantuan kepada penduduk Palestin yang kini berdepan tekanan.


Sementara itu, Jehad Fouad Alqdra turut merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sokongan berterusan kepada Palestin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page