top of page

Kemiskinan bandar: Selangor perkenal sistem penarafan baharu

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 13
1 min read
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari

Kerajaan Selangor akan beralih kepada sistem penarafan baharu kadar kehidupan dengan memberi tumpuan kepada isu kemiskinan bandar.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penarafan baharu itu bertujuan menilai tahap kehidupan rakyat dengan lebih menyeluruh dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pengelasan berdasarkan tangga gaji dalam mengenal pasti golongan yang berdepan tekanan kos sara hidup di kawasan bandar.


Menurutnya, penarafan berkenaan dijangka dibentangkan sekitar Jun tahun depan sebagai asas kepada perancangan dasar serta penyediaan bantuan yang lebih bersasar mengikut keperluan rakyat.


"Pada 2027 sebagaimana janji kita sebelum ini, kita akan sediakan satu penarafan baharu kadar kehidupan yang wajar. Kalau dulu kadar itu ditentukan dengan kadar kemiskinan.


"Kita boleh ubah dan memberikan fokus kepada kemiskinan bandar untuk kita tangani, dan bukan lagi terletak kepada satu tangga gaji tertentu.


"Kita perlu sesuaikan mengikut lokaliti kawasan yang sesuai untuk menilai kebolehan mereka atau pun keperluan mereka untuk dibantu," katanya di petik Media Selangor.


Menurutnya, penarafan berkenaan dijangka dibentangkan sekitar Jun tahun depan sebagai asas kepada perancangan dasar serta penyediaan bantuan yang lebih bersasar mengikut keperluan rakyat.


Beliau sementara itu turut menegaskan, Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan golongan berpendapatan sederhana (M40) dalam pelaksanaan dasar dan pemberian bantuan kepada rakyat.


Bantuan kepada kumpulan berkenaan lazimnya dilaksanakan menerusi pendekatan lebih menyeluruh, termasuk peningkatan peruntukan pendidikan, Jualan Ehsan Rakyat (JER), skim Rumah Selangorku serta Skim Air Darul Ehsan (SADE).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page