top of page

Inisiatif RM710 juta bukti kerajaan bela kebajikan pekerja

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Pengumuman Kerajaan MADANI memperuntukkan RM710 juta sempena sambutan Hari Pekerja 2026 disambut baik sebagai langkah signifikan dalam memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan pekerja di negara ini.


Exco Wanita KEADILAN, Noraziah Mohd Razit (gambar) berkata, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen jelas kerajaan dalam memastikan tiada golongan pekerja yang tercicir daripada arus perlindungan sosial.


"Saya menyambut baik dan memberikan sokongan penuh terhadap pengumuman Perdana Menteri yang memperuntukkan RM710 juta bagi kebajikan pekerja.


"Ini bukan sekadar angka di atas kertas tetapi mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan tiada pekerja yang tercicir, sama ada mereka yang kehilangan pekerjaan, golongan belia yang memerlukan peluang, mahupun pekerja gig yang selama ini sering berada di pinggiran perlindungan sosial," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, langkah memperkenalkan bantuan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial, program latihan serta penempatan kerja menunjukkan kesungguhan kerajaan membina ekosistem pekerjaan yang lebih inklusif dan mampan.


"Lebih signifikan, pengumuman elaun pasca cuti bersalin merupakan satu langkah progresif yang amat saya sokong, khususnya dalam memperkasa wanita untuk terus kekal dalam pasaran kerja tanpa perlu mengorbankan tanggungjawab sebagai ibu.


"Ini adalah pendekatan yang lebih manusiawi dan realistik dalam menangani isu “career exit” dalam kalangan wanita," katanya.


Selain itu, Rozy berkata, perluasan perlindungan PERKESO kepada pekerja Malaysia di luar negara termasuk pekerja rentas sempadan, merupakan satu langkah ke hadapan yang wajar dipuji.


"Saya percaya, dasar-dasar seperti ini bukan sahaja membantu rakyat menghadapi cabaran semasa, tetapi juga membina asas yang lebih kukuh untuk masa depan tenaga kerja negara," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page