top of page

Galak tanam ganja: 'Berpada pada kritik kerajaan, jangan buat dosa fitnah'

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Individu tidak bertanggungjawab yang menghasilkan dan menyebarkan poster palsu mengaitkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dengan cadangan 'menanam ganja', disifatkan kekeringan modal untuk mencaci pemimpin Kerajaan MADANI sehingga sanggup membuat dosa fitnah.


Mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Ustaz Syamsul Firdaus Mohamed Supri (gambar) mengingatkan warga maya atau laskar siber pembangkang agar berpada pada membenci seseorang dan jangan tergelincir ke jurang fitnah yang dosanya lebih besar daripada membunuh.


Katanya, perbuatan memfitnah boleh jadi untuk 'hiburan' bagi orang yang rosak akhlaknya namun apabila ia disebarkan dan dikongsi di media sosial maka kerosakan dan dosanya amat besar.

Mohamad Sabu difitnah galak tanam ganja
Mohamad Sabu difitnah galak tanam ganja

"Yang menyiarkan dan mengubahsuai (poster) itu dia ada niat jahat. Niat jahatnya (adalah) nak menyebarkan satu benda yang bersifat tidak benar.


"Maka (perbuatan memfitnah) itu tadi berdosa termasuk yang memulakannya dan menyebarkannya.


"(Lagipun) nampak sangat badan dan kepala itu tidak kena. Ia lebih kepada nak memburukkan (kerajaan). Itu (perbuatan) yang salah dan nanti (di akhirat) kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita sudah buat," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai poster tular di media sosial yang memaparkan Mohamad kononnya menggalakkan penjawat awam menanam ganja di rumah susulan konflik di Asia Barat.


Terdahulu, Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut menafikan sekeras-kerasnya imej palsu berkenaan dengan menyifatkan ia adalah fitnah dan manipulasi digital yang tidak benar serta boleh mengelirukan orang awam.


Susulan itu, satu laporan rasmi telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan dan tindakan lanjut terhadap pihak berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page