top of page

Kerajaan Selangor Prihatin Kesejahteraan Penjaja Kecil

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 3 min read

ULASAN: Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Ustaz Mohamed Sukri Omar dalam kenyataan beliau menggesa agar Kerajaan Madani Selangor menurunkan kadar sewa lesen dan premis perniagaan melibatkan peniaga kecil di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan mana-mana agensi berkaitan Kerajaan Negeri. Menurut Ustaz Mohamed Sukri, perubahan dasar tersebut diperlukan bagi memberi ruang bernafas kepada peniaga kecil yang sedang bergelut dengan tekanan ekonomi berpanjangan.


Secara umumnya cadangan oleh Ustaz Mohamed Sukri wajar dipertimbangkan memandangkan peniaga kecil terutama di Negeri Selangor turut berhadapan dengan tempias krisis tenaga global yang menjejaskan rantaian bekalan dan meningkatkan kos operasi.


Pengurangan sewa


Namun gesaan beliau agar pengurangan kadar sewa sekurang-kurangnya 30% hingga 50% dilakukan terhadap premis terlibat adalah keterlaluan. Kerajaan Negeri Selangor semenjak awal lagi telah melaksanakan dasar pro-penjaja kecil melalui pengecualian bayaran sewa lesen bagi penjaja di semua (12) PBT Negeri Selangor dilaksanakan sepanjang tahun 2016 hingga 2023.


Dr. Mohd. Fauzi Hj. Fadzil
Dr. Mohd. Fauzi Hj. Fadzil

Sepanjang lapan tahun perlaksanaan dasar berkenaan, sebanyak 656,009 orang penjaja menikmati manfaat diseluruh Negeri Selangor. Dasar pengecualian bayaran sewa lesen bagi penjaja di semua 12 PBT Negeri Selangor ditamatkan pada tahun 2024 memandangkan kesan pasca Covid 19 memerlukan pengukuhan kewangan setiap PBT, tambahan pula tempoh pengecualian lapan tahun yang diberikan kepada penjaja kecil sudah lebih dari memadai dan tidak pernah dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan Negeri lain di Malaysia.


Perlaksanaan semula dasar bayaran sewa lesen bagi penjaja di semua 12 PBT Negeri Selangor semenjak tahun 2024 sebenarnya adalah antara yang paling rendah berbanding negeri-negeri termaju di Malaysia. Jika dibandingkan kadar sewaan lesen penjaja kecil antara Negeri Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur maka dapat dilihat bahawa secara purata kadar sewaan di Selangor adalah yang paling murah RM100 hingga RM1,000 sebulan.


Sewa premis lebih murah


Secara purata dasar bayaran sewa lesen penjaja di Negeri Johor adalah jauh lebih tinggi iaitu sekitar RM300 hingga RM 5,000. Namun perbezaan bayaran sewaan lesen ini dapat difahami kerana ia terikat dengan permintaan terhadap tapak perniagaan tertentu.


Bayaran sewaan lesen penjaja akan menjadi mahal sekiranya kawasan terbabit dikategorikan sebagai lokasi premium. Sehingga kini kesemua tapak perniagaan di Negeri Selangor yang dikategorikan sebagai lokasi premium mempunyai penyewa (tidak kosong tanpa perniagaan). Peniaga sanggup menyewa di kawasan tersebut kerana permintan terhadap produk peniaga kecil yang tinggi. Peniaga di kawasan premium sentiasa membuat keuntungan kerana produk makanan terutamanya menjadi keperluan masyarakat bandar.


Jika dibincangkan berkenaan sewaan premis perniagaan oleh PBT di Negeri Selangor pula, ia masih dalam kadar terendah iaitu sekitar RM 500. Namun tidak dapat dinafikan bahawa sewaan gerai di kawasan Lembah Jaya di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya mencecah RM 1,800 sebulan.


Namun kadar sewaan ini adalah terkait dengan lokasi gerai tersebut yang sangat dekat dengan kawasan Kuala Lumpur, justeru kadar sewaan di kawasan Lembah Jaya terpaksa mengikut kadar seperti yang ditetapkan oleh DBKL. Jika dibandingkan harga sewaan gerai antara MPAJ (Lembah Jaya) dengan DBKL pasti jauh bezanya kerana sewaan sesetengah gerai di DBKL boleh mencapai paras RM 12,000 sebulan (bergantung kepada kawasan).


Jika diperhalusi maka dapat dilihat bahawa kadar bayaran sewa lesen dan gerai yang dikenakan oleh PBT di Negeri Selangor adalah yang paling rendah jika dibandingkan dengan negeri-negeri maju lain di Malaysia. Tidak adil jika dibandingkan kadar bayaran sewa lesen dan gerai di Negeri Selangor dengan negeri SG4.


Sememangnya Kerajaan Madani Selangor prihatin terhadap cabaran yang dihadapi oleh peniaga kecil pada waktu sekarang, atas sebab itu maka pada tahun 2025 Kerajaan Madani Selangor telah melancarkan Dasar Reformasi PBT bagi mempercepat dan memodenkan proses perkhidmatan terutamanya kepada peniaga kecil.


Cadangan boleh dipertimbang


Di sebalik semua usaha yang telah dilaksanakan, cadangan untuk mempertimbangkan pengurangan kadar bayaran sewa lesen dan gerai melibatkan penjaja kecil wajar dipertimbangkan. Namun dasar tersebut tidak boleh melibatkan peniaga kecil di lokasi premium dan kadar pengurangan tidak harus mencecah sehingga 50%.


Perkara ini sudah pasti sampai ke pengetahuan pentadbiran Kerajaan Madani Selangor, tindakan dapat dilaksanakan dengan pantas memandangkan Negeri Selangor kini mempunyai jawatankuasa khas bagi menyelaras langkah menangani kesan konflik di Asia Barat.


Semoga peniaga-peniaga kecil di Negeri Selangor kekal tabah menghadapi dugaan sepanjang tahun 2026. Yakinlah bahawa kesejahteraan anda sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Madani Selangor.


Penulis merupakan Pengarah Komunikasi KEADILAN Selangor

1 Comment


Satish Batra
Satish Batra
2 days ago

Saw this game somewhere and decided to try it just for fun. In the beginning I didn’t understand much and felt confused. After a few rounds, it became easier to understand. Now I play it sometimes when I have free time. It works fine on my phone without issues. I don’t use it regularly. It’s not very unique, but still okay for casual playing and passing time when bored.

Jai Club download

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page