top of page

Demi ketelusan Selangor sedia dedah data operasi Loji Sisa ke Tenaga

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 13
  • 1 min read
DS Amirudin (tengah)  merasmikan operasi WTE1 di Kuala Selangor
DS Amirudin (tengah)  merasmikan operasi WTE1 di Kuala Selangor

Kerajaan Negeri Selangor bersedia mendedahkan data pelepasan dan operasi Loji Sisa ke Tenaga (WTE) kepada orang ramai, kata Menteri Besar.


Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkongsian data maklumat berkaitan prestasi tiga loji berkenaan, termasuk pematuhan kepada piawaian alam sekitar yang ditetapkan penting bagi memastikan ketelusan serta meningkatkan keyakinan masyarakat dengan teknologi berkenaan.

"Operasi loji WTE1 di Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu (ISWMC) di Jeram sentiasa dipantau mengikut garis panduan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan pelepasan yang dihasilkan berada pada tahap selamat.


"Loji berkenaan mampu memproses sehingga 1,700 tan sisa pepejal sehari serta menjana sehingga 26 megawatt tenaga elektrik, mencukupi untuk membekalkan keperluan elektrik kepada kira-kira 26,000 isi rumah.


"Dan apabila WTE 2 siap serta beroperasi sepenuhnya, kapasiti pengurusan sisa di Jeram bakal meningkat kepada kira-kira 3,500 tan sehari. Baki sekitar 2,000 tan lagi, akan diuruskan menerusi loji WTE 3 di Tanjung Dua Belas," katanya dipetik.


Terdahulu, Amirudin hadir merasmikan operasi WTE1 di Kuala Selangor pada Jumaat.


WTE1 dibangunkan Worldwide Holdings Berhad, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor antara inisiatif strategik yang digariskan di bawah Rancangan Selangor Pertama dan kini menjadi kenyataan yang bakal memberi manfaat kepada generasi masa kini dan akan datang.


Selain menjana tenaga elektrik bersih, loji tersebut turut membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dengan mengurangkan kebergantungan kepada kaedah pelupusan sisa secara konvensional di tapak pelupusan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page