Bubar DUN 1 Jun: MB bimbang PM bubar parlimen, potensi UMNO menang mencabar?
- Akmal Manaf

- 3 hours ago
- 2 min read

Ketua Cabang KEADILAN Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman (gambar), berpendapat langkah Kerajaan Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal daripada tempoh mandatnya mungkin didorong oleh pertimbangan strategi politik menjelang pilihanraya.
Katanya, dakwaan bahawa parti-parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH) bimbang berdepan UMNO dalam pertandingan tiga penjuru adalah tidak berasas kerana PH sentiasa bersedia untuk bertanding menentang mana-mana parti.
"Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu pun PH bertembung dengan UMNO. Jadi, untuk mengatakan PH takut atau gentar berdepan UMNO adalah tidak tepat.
"Ini adalah pandangan yang salah, sebabnya PH sentiasa konsisten dan tidak gentar untuk kita bertembung dengan mana-mana pihak," katanya dalam satu siaran video.
Beliau percaya Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah membuat penilaian politik yang teliti sebelum mengambil langkah membubarkan DUN lebih awal.
Syed Badli berpendapat, strategi tersebut dilihat bertujuan memastikan UMNO dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pilihan raya negeri tanpa dipengaruhi sentimen politik nasional yang mungkin timbul sekiranya PRN dan PRU diadakan serentak.
"Persoalannya kenapa pilih 1 Jun dan kelihatan tergesa-gesa? Ini adalah kerana UMNO Johor nak mengelak daripada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membubarkan Parlimen.
"Mereka (UMNO Johor) tahu kalau adakan PRN bersekali dengan PRU, potensi untuk UMNO menang di Johor jadi mencabar.
"Kalau mereka ‘berjalan bersendiri’, mungkin diikuti Melaka, mungkin terpaksa diikut Negeri Sembilan, maka tiga negeri yang kita sebut (sebagai) negeri selatan ini akan memberikan isyarat awal kepada kedudukan politik di peringkat atas," katanya lagi.
Pada 1 Jun lalu, DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi secara rasmi dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN ke-16.
DUN Johor dijadualkan terbubar secara automatik pada 21 April 2027 sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.
Mengikut peruntukan undang-undang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh sehingga 60 hari selepas pembubaran DUN untuk mengadakan PRN.
Pada PRN Johor ke-15 yang berlangsung pada Mac 2022, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
PH pula memenangi 12 kerusi dengan DAP memperoleh 10 kerusi, manakala KEADILAN dan AMANAH masing-masing satu kerusi.
Perikatan Nasional (PN) memenangi tiga kerusi, sementara MUDA memperoleh satu kerusi.




This article provides an interesting perspective on Johor’s political strategy and the possible impact of an early state election on future national politics. After reading news and analysis like this, I often relax with bitlife which is a life simulation game where you make choices that shape your character’s career, relationships, and future outcomes.