top of page

Berita


Henti salahkan kerajaan bila PN ditimpa masalah - Ustaz Syamsul
Mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Ustaz Syamsul Firdaus Mohamed Supri mendakwa kenyataan Presiden Pas, Hj Hadi Awang berhubung isu pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) dan menyalahkan Kerajaan Madani kelmarin lebih menjurus kepada sentimen politik berbanding pemahaman terhadap masalah sebenar yang berlaku dalam gabungan itu. Beliau berkata, kenyataan Hj Hadi seolah-olah cuba membina naratif mendakwa Kerajaan Madani menyalahguna kuasa dalam tindakan membabi

Akmal Manaf
Oct 232 min read


PN bergaduh sesama sendiri, jangan salahkan RoS, kerajaan – Mahfuz
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan menyalahkan kerajaan berhubung tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) terhadap Perikatan Nasional (PN). Beliau berkata, isu berkenaan berpunca daripada masalah dalaman PN yang disusuli aduan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada RoS, namun kerajaan pula dipersalahkan. "Saya agak hairan dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang mendakwa

Suara Keadilan
Sep 262 min read


'Jangan berlakon jadi mangsa, Pas kena jawab bagaimana krisis PN bermula'
Pas tidak seharus cuba menggambarkan dirinya sebagai mangsa susulan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) terhadap Perikatan Nasional (PN), sebaliknya perlu menjelaskan bagaimana krisis dalaman gabungan itu bermula. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata tindakan ROS itu berlaku selepas tercetus pertikaian antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk berhubung kedudukan Bersatu sebagai parti ang

Helmi Mohd Foad
Sep 243 min read


JPPM gantung semua kegiatan Perikatan Nasional mulai hari ini
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengeluarkan notis di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 terhadap parti Perikatan Nasional (PN), susulan aduan yang dikemukakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). JPPM atau ROS dalam kenyataan memaklumkan notis bertarikh 22 September 2026 itu memberi tempoh munasabah kepada PN untuk memberikan jawapan berhubung aduan berkenaan. "JPPM menegaskan bahawa notis tersebut bertujuan untuk meminta Perikatan Nasional membe

Suara Keadilan
Sep 241 min read


DAP tolak Perlembagaan: Bagaimana ROS boleh benarkan pendaftaran?
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman (gambar) daripada DAP tampil menyelar tuduhan seorang warganet yang antaranya mendakwa perlembagaan parti itu menolak Perlembagaan Persekutuan. Beliau berhujah, di bawah Akta Pertubuhan 1966, mana-mana parti yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) wajib patuh dan tidak boleh bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. "Jadi DAP ini adalah parti yang sah, DAP tak melanggar mana-mana undang-undang. Seterusnya, p

Akmal Manaf
Jun 121 min read
bottom of page
