Zalim baca Qunut Nazilah ke atas Kerajaan Madani - Ustaz Zaidi Tohirin
- Suara Keadilan
- Aug 6
- 2 min read

Oleh: Akmal Manaf
Tindakan seorang Ahli Parlimen pembangkang membaca doa Qunut Nazilah untuk memdoakan kehancuran Kerajaan Perpaduan terus dikritik hebat oleh kalangan pendakwah dan ulama kerana perbuatan tersebut dikategorikan sebagai zalim, meletakkan doa tersebut tidak pada tempatnya.
Terbaharu, Pengerusi Biro Agama Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR), Ustaz Zaidi Tohirin (gambar) berkata, doa Qunut Nazilah adalah khusus untuk musuh-musuh Allah yang memerangi Islam atau dibacakan untuk bencana besar yang menimpa umat, bukan dibaca secara sewenang wenangnya.
''Perlu diingat, meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya adalah satu perlakuan zalim kerana definisi zalim itu ialah meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya.
''Ini bermakna YB Jasin telah berbuat zalim dengan menujukan doa tidak pada tempatnya. Ibarat meluncurkan anak panah di gelanggang bola sepak, pasti akan membawa lebih mudarat.
''Ini bukan politik Islam, ini bukan akhlak seorang Islam apatah lagi seorang yang digelar tuan guru oleh penyokong-penyokongnya yang sangat fanatik,'' bidas beliau dalam satu video siaran media.
Dalam video sama, Ustaz Zaidi terus mempertahankan Kerajaan MADANI yang yang dilabelkan ustaz Pas sebagai 'zalim' dan menindas rakyat meskipun katanya, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar telah memulihkan bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang pernah ditarik sebelum ini.
Katanya, Kerajaan MADANI juga kini semakin akrab dengan para ulama serta giat menganjurkan majlis ilmu bersama tokoh agama dalam dan luar negara biarpun terus dilabel ustaz Pas sebagai sekular dan zalim.
''Inilah yang dinamakan dek kerana kebencian melampau, Pas terus tidak bersikap adil, profesional dan menyembunyikan kebenaran.
''Inilah teguran dan larangan Allah dalam ayat tersebut.. (maksudnya) "janganlah sesekali kebencian mu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil".
''Apakah ini dinamakan politik Islam? Apakah Islam ajar berpolitik tetapi tidak berlaku adil? Apakah Islam membenarkan matlamat menghalalkan cara? (Jawapannya) tentu tidak,'' katanya lagi.
Comments