top of page

Wanita KEADILAN lancar Tabung Bantuan Kilat 24 Jam bantu mangsa kebakaran

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 20
  • 1 min read
Kebakaran di Kg Bahagia semalam memusnahkan kira kita 1,000 rumah
Kebakaran di Kg Bahagia semalam memusnahkan kira kita 1,000 rumah

Wanita KEADILAN Pusat melancarkan Tabung Bantuan Kilat 24 Jam bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah yang memusnahkan kira kira 1,000 kediaman di kawasan berkenaan.


Dalam satu kenyataan, sayap parti itu menzahirkan rasa pilu dan simpati terhadap semua mangsa yang terjejas dalam tragedi tersebut.


"Wanita KEADILAN menzahirkan rasa pilu dan simpati kepada semua mangsa kebakaran di Kampung Bahagia yang memusnahkan hampir 90 peratus kediaman," kata kenyataan itu.


Pada masa sama, penghargaan turut diberikan kepada pasukan bomba serta semua pihak yang terlibat atas tindakan pantas dalam mengawal kebakaran dan menyelamatkan mangsa.



Wanita KEADILAN turut menyambut baik arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa penyelarasan segera bantuan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.


"Wanita KEADILAN menyambut baik arahan YAB Perdana Menteri bagi penyelarasan segera bantuan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah," katanya.


Sehubungan itu, tabung bantuan khas dilancarkan bagi menyalurkan bantuan segera kepada mangsa yang memerlukan.


Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun: WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT di Hong Leong Islamic Bank (No. Akaun: 19901000162) dengan rujukan “BantuanKgBahagia”, atau menghubungi talian WhatsApp +60193133600 untuk maklumat lanjut.


Wanita KEADILAN menegaskan bahawa keutamaan ketika ini adalah memastikan keselamatan mangsa, menyediakan penempatan sementara serta menyalurkan bantuan segera kepada semua yang terjejas.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page