Wanita KEADILAN Balik Pulau anjur Program Jejak Sahur Ramadan
- Redzuan Shamsudin

- 2 hours ago
- 1 min read

Program Jejak Sahur Ramadan anjuran Wanita KEADILAN Balik Pulau, Pulau Pinang berjaya dilaksanakan dengan menyantuni barisan hadapan melalui penyampaian juadah sahur kepada mereka yang bertugas sepanjang bulan yang mulia ini.
Inisiatif tersebut dilihat sebagai tanda penghargaan dan sokongan berterusan kepada petugas barisan hadapan yang komited menjalankan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat, khususnya dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, program berkenaan bukan sahaja bertujuan menyampaikan sumbangan makanan, malah sebagai simbol solidariti dan kebersamaan masyarakat terhadap pengorbanan golongan berkenaan.
"Alhamdulillah, program Jejak Sahur Ramadan anjuran Wanita KEADILAN Balik Pulau telah berjaya dilaksanakan dengan menyantuni barisan hadapan melalui penyampaian juadah sahur kepada mereka yang bertugas.
"Inisiatif ini merupakan tanda penghargaan dan sokongan berterusan kepada para barisan hadapan yang terus berkhidmat demi kesejahteraan rakyat, khususnya sepanjang bulan Ramadan," kata kenyataan itu.
Dalam masa sama, pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada para sukarelawan wanita yang hadir seawal pagi dan berganding bahu menjayakan program tersebut.
"Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sukarelawan wanita yang hadir dan berganding bahu menjayakan program ini walaupun seawal pagi.
"Semoga Ramadan kali ini membawa seribu makna, mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat," jelas kenyataan itu lagi.




Comments