top of page

Wanita KEADILAN anjur bengkel bimbingan tatacara pengurusan, pelaporan kewangan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 2 hours ago
  • 2 min read
Peserta mengikuti Sesi Taklimat & Bimbingan Tatacara Pengurusan dan Pelaporan Kewangan Wanita Cabang
Peserta mengikuti Sesi Taklimat & Bimbingan Tatacara Pengurusan dan Pelaporan Kewangan Wanita Cabang

Wanita KEADILAN Pusat melakar langkah signifikan dalam memperkukuh tadbir urus dalaman apabila berjaya melaksanakan inisiatif nasional melalui Sesi Taklimat & Bimbingan Tatacara Pengurusan dan Pelaporan Kewangan Wanita Cabang yang melibatkan kesemua 14 negeri di seluruh negara.


Timbalan Bendahari Wanita KEADILAN Pusat, J Karen Kasturi berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan sebagai langkah memperkukuh tadbir urus kewangan organisasi di peringkat Cabang.


Beliau berkata, pelaksanaan itu merangkumi sesi secara atas talian dan bengkel bersemuka, dengan penyertaan Ketua Wanita Cabang dan Bendahari Wanita Cabang di seluruh negara, serta kerjasama erat Ketua Wanita Negeri dan Bendahari Wanita Negeri masing-masing.

Karen memberi tunjuk ajar pengurusan kewangan
Karen memberi tunjuk ajar pengurusan kewangan

"Inisiatif ini digerakkan secara tersusun di peringkat pusat dengan pelaksanaan menyeluruh di semua negeri bagi memastikan penyelarasan yang konsisten dan berimpak di peringkat Cabang.


"Pelaksanaan ini telah dimulakan pada 21 Februari 2026 dengan negeri Terengganu dan diakhiri pada 10 Mac 2026 dengan negeri Sabah, melengkapkan pelaksanaan di kesemua 14 negeri dalam tempoh yang tersusun.


"Ia bukan sekadar taklimat, tetapi satu usaha penyelarasan sistem dan pemerkasaan kapasiti yang menyeluruh, dengan penekanan kepada pengurusan dan pelaporan kewangan yang lebih tersusun, telus dan berdisiplin," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Karen lagi, melalui pendekatan 'hands-on' dan intervensi langsung di lapangan, peserta bukan sahaja diberikan pendedahan, malah dibimbing untuk menyelesaikan dan memperkemaskan penyata kewangan masing-masing secara serta-merta termasuk penyediaan laporan kewangan bulanan bagi tahun 2026.


Ujar beliau, komitmen dan keterlibatan aktif pimpinan wanita di semua peringkat sepanjang mencerminkan kesediaan untuk bergerak ke arah budaya pengurusan kewangan yang lebih telus, berintegriti dan berakauntabiliti.


"Inisiatif ini diharapkan dapat menjadi asas yang kukuh dalam memastikan pengurusan kewangan Wanita Cabang yang lebih tersusun dan berkesan, bukan sahaja bagi persiapan MATWC, malah sebagai amalan berterusan ke hadapan.


"Wanita KEADILAN akan terus komited dalam memperkukuh struktur dalaman dan kapasiti kepimpinan wanita, selaras dengan keperluan tadbir urus yang lebih baik serta kesiapsiagaan menghadapi cabaran organisasi dan pilihan raya akan datang," katanya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page