top of page

'Jika tidak bertanding PRU 16, KEADILAN tetap wadah perjuangan'

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 6h
  • 1 min read

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (gambar) menegaskan beliau akan terus setia dan berjuang mempertahankan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) meskipun tidak akan bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang.


Menurut beliau, kesetiaan terhadap parti yang diperjuangkannya selama ini tidak akan luntur walaupun faktor usia mungkin membataskan pergerakan fizikalnya.


"Saya akan berkempen untuk Parti KEADILAN dalam pilihan raya umum nanti, walau saya sudah uzur.


"Tak kuat berlari; saya berjalan. Tak kuat berjalan, saya bertongkat. Namun mengkhianati Parti KEADILAN tidak sama sekali," katanya dalam muat naik di media sosial.


Hassan berkata, walaupun terdapat perbezaan pandangan dan pendirian dalam beberapa isu antara beliau dan kepimpinan tertinggi parti termasuk Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara tersebut adalah lumrah dalam sebuah parti yang mengamalkan keterbukaan.


"Saya akan tetap berjuang untuk Parti KEADILAN sebagai anggota biasa. Perbezaan pandangan dan pendirian adalah perkara biasa dalam parti yang terbuka seperti KEADILAN," ujarnya.


Beliau menegaskan bahawa KEADILAN perlu terus dipertahankan demi kelangsungan perjuangan reformasi dan keadilan yang menjadi asas penubuhannya.


"Bagi saya secara peribadi, Parti KEADILAN perlu dipertahankan. Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi Parti Keadilan Rakyat sukar dicari ganti," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page