top of page

Veteran KEADILAN Sarawak perkukuh jaringan kerjasama di peringkat Cabang

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
38 minutes ago
1 min read
Barisan anggota dan kepimpinan Biro Veteran KEADILAN Miri bersama Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man
Barisan anggota dan kepimpinan Biro Veteran KEADILAN Miri bersama Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man

Biro Veteran KEADILAN Sarawak memperkukuh organisasi dan jaringan kerjasama menerusi Siri Jelajah Veteran KEADILAN Malaysia ke Miri, Sarawak baru baru ini yang turut menyaksikan pelantikan dua pimpinan baharu di peringkat cabang.


Pengerusi Biro Veteran KEADILAN Sarawak, Zulhaidah Suboh berkata, program berkenaan berlangsung dalam suasana penuh muafakat, silaturahim dan semangat kebersamaan, selain menjadi platform memperkasakan peranan veteran parti di negeri itu.


Beliau berkata, pertemuan tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man; Pengerusi Biro Veteran KEADILAN Malaysia, Khairul Anuar Othman serta Ketua Cabang KEADILAN Sibuti, Louis Jampi.

Khairul Anuar (kanan) memberi cenderamata kepada Zulhaidah Suboh
Khairul Anuar (kanan) memberi cenderamata kepada Zulhaidah Suboh

Menurutnya, beliau turut memperkenalkan barisan kepimpinan Biro Veteran KEADILAN Sarawak dalam pertemuan berkenaan.


Majlis itu juga menyaksikan pelantikan rasmi Harrison Ngau sebagai Ketua Biro Veteran KEADILAN Cabang Baram dan Peter Abong sebagai Ketua Biro Veteran KEADILAN Cabang Miri.


"Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kedua-dua pimpinan atas pelantikan tersebut.


"Terima kasih kepada semua pimpinan dan ahli yang hadir serta memberikan kerjasama dalam menjayakan siri jelajah ini," katanya dalam kenyataan.


Zulhaidah berharap pertemuan berkenaan menjadi landasan untuk memperkukuh jaringan kerjasama serta memperkasakan peranan Veteran KEADILAN di seluruh Sarawak.


Beliau turut menzahirkan harapan agar semangat kebersamaan dan muafakat yang terjalin menerusi program itu terus diperkukuh bagi memastikan veteran parti kekal memainkan peranan dalam perjuangan KEADILAN.


"Semoga pertemuan ini menjadi landasan untuk memperkukuh jaringan kerjasama dan memperkasakan peranan Veteran KEADILAN di seluruh Sarawak," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page