top of page

Usaha perkukuh mitigasi banjir guna teknologi Belanda digiatkan - MB Selangor

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 50 minutes ago
  • 1 min read
MB Selangor bertemu dengan Duta Besar Belanda ke Malaysia, Jaap Werner dan delegasi
MB Selangor bertemu dengan Duta Besar Belanda ke Malaysia, Jaap Werner dan delegasi

Kerajaan Selangor sedang mempergiat usaha memperkukuh mitigasi banjir di negeri itu termasuk dengan meneliti pendekatan yang digunakan di Belanda.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu selari titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj demi kesejahteraan rakyat negeri ini.


Beliau menjelaskan, antara pendekatan yang sedang diteliti antaranya termasuk pengurusan sungai secara menyeluruh dan penerokaan kawasan simpanan air luar pesisir bagi meningkatkan daya tahan negeri terhadap risiko banjir serta perubahan iklim.


"Ini susulan kajian kes yang dilaksanakan kerajaan Belanda di Sabak Bernam sejak tahun lalu yang meneliti gabungan penyelesaian ekologi, pemuliharaan pesisir pantai dan teknologi inovatif sebagai pelengkap kepada pendekatan konvensional seperti pembinaan benteng.


"Kita juga perlu meneroka potensi mengurangkan kesan air pasang besar yang menghalang air dipam keluar ke laut," jelasnya menerusi hantaran di laman media sosial sebagai mengulas pertemuan dengan Duta Besar Belanda ke Malaysia, Jaap Werner.


Beliau turut menegaskan, walaupun pengalaman Belanda dalam aspek adaptasi perubahan iklim, daya tahan banjir dan perancangan bandar mampan boleh dijadikan rujukan, namun pelaksanaannya perlu disesuaikan dengan keadaan dan keperluan setempat.


Sementara itu Amirudin berkata, Selangor juga tidak lagi boleh bergantung kepada pendekatan bersifat sementara atau berasingan dalam menangani cabaran banjir yang semakin kompleks.


"Kita telah melihat kemajuan selepas tragedi banjir besar Disember 2021, termasuk pengurangan impak di kawasan seperti Taman Sri Muda. Namun masih banyak yang perlu dilakukan dan ia perlu dilaksanakan dengan lebih pantas.


"Tiada satu penyelesaian yang sesuai untuk semua dalam menangani banjir kilat. Selain langkah jangka pendek, Selangor memerlukan strategi jangka panjang yang merangkumi pengurusan sungai di kawasan hulu dan hilir," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page