Ura ura himpunan LGBT: Sekpur buat laporan polis
- Suara Keadilan
- May 31
- 2 min read

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur) semalam membuat laporan polis terhadap ura ura pihak tertentu akan menganjurkan himpunan menyokong budaya songsang LGBT.
Menurut Timbalan Pengerusi Sekpur, Mejar (B) Razali Zakaria, pihak polis diminta menjalankan siasatan dan memantau sama ada himpunan tersebut benar benar akan diadakan sebagaimana dinyatakan di media sosial.
"Semalam kita telah terlihat dalam media sosial, khasnya di Facebook (FB), ada satu parti politik yang menguar uar himpunan LGBT yang dijangka pada 21 Jun ini, bertempat di Petaling Jaya. Lokasi sebenar kita tak tahu.
"Link dalam FB dimuat naik dan diuar uar berkaitan dengan pemuda sosialis. Jadi kita minta polis buat pemantauan. Minta dihalang supaya hal ini tidak dilaksanakan.
"Dalam FB telah diturunkan tetapi kemungkinan mereka akan buat secara senyap (pemberitahuan tidak melalui media)," katanya dalam sidang media di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Mejar Razali menyeru NGO NGO prihatin untuk membuat pemantauan sendiri di media sosial kerana mungkin penganjur perhimpunan akan memuat naik sekali lagi pemakluman berkenaan apabila tarikh perhimpunan semakin hampir.
"Kita minta NGO lain memantau dalam media sosial.
"Kerana itu juga kita minta polis mengambil tindakan. Isu ini sangat merbahaya kepada (akhlak) generasi sekarang," katanya.
Manakala Pengerusi Biro Politik Sekpur, Shahbudin Embun, berkata himpunan yang bakal diadakan itu amat mengejutkan kerana melibatkan cabang pemuda Parti Sosialis Malaysia dan diuar uar dalam akaun media sosial parti berkenaan.
"Apabila dilihat niat mereka melaksanakan secara terang terangan sekarang ini, saya ingin memberi sedikit pencerahan tentang bahaya tindakan mereka ini.
"Perbuatan ini jelas bertentangan dengan hukum dan undang undang Islam serta norma masyarakat Malaysia. Ini abnormal dalam sistem politik dan undang undang negara kita," ujarnya.
Shahbudin juga tidak bersetuju sekiranya digunakan hujah hak asasi manusia di bawah piagam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk membenarkan LGBT diiktiraf di Malaysia.
Katanya, Malaysia mempunyai undang undang Islam yang mengharamkan LGBT dan undang undang sivil yang tidak membenarkan perbuatan berkenaan.
"Kita mempunyai undang undang syariah dan juga sivil kepada bukan Islam. Dalam hal ini saya merasakan mereka bercakap hak asasi, dan bagi negara Malaysia mereka ini terikat kepada undang undang dan Perlembagaan negara.
"Kita tidak mahu pakai acuan barat. Budaya Melayu dan norma rakyat Malaysia mempunyai struktur hak asasi kita sendiri," katanya lagi.
Comentarios