top of page

SARA RM100 boleh ditebus mulai hari ini

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Feb 9
1 min read

Oleh: Helmi Foad


Seramai 22 juta rakyat Malaysia menikmati pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 buat kali kedua dengan masing-masing boleh berbelanja bermula hari ini hingga hujung Disember.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sumbangan itu dapat disalurkan hasil reformasi fiskal yang membawa kepada penjimatan dan dapat diagih semula untuk dinikmati oleh semua rakyat negara ini.


"Bermula hari ini, 9 Februari 2026 hingga 31 Disember 2026, semua 22 juta warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 ringgit melalui MyKad," katanya Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini.


Sumbangan itu menelan peruntukan sejumlah RM2.2 bilion.


Bantuan SARA menurut PM yang juga Menteri Kewangan berasaskan individu bukan kepada ketua keluarga. Katanya lebih banyak individu dewasa dalam satu keluarga maka lebih banyak nilai bantuan diterima.


"Bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah. Maknanya, isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat RM400 ringgit.


"Diharap ini dapat dibelanjakan sebaiknya bersempena menyambut Tahun Baharu Cina dan umat Islam mula menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadan," katanya lagi.

2 Comments


Robert Niro
Robert Niro
Sep 08

Este artículo aporta información interesante y está presentado de una manera bastante sencilla. Me parece especialmente útil para lectores que acostumbran revisar resultados diariamente. Consultar los numero de hoy puede ser más práctico cuando los datos están reunidos y presentados de forma clara, rápida y fácil de consultar.

Like

Perry Katy
Perry Katy
Feb 10

After many hours with slope rider, I can say the controls are incredibly responsive. When you fail, it usually feels like your own mistake, which pushes you to try again instead of getting frustrated.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page