top of page

SARA diluaskan beli produk sejuk beku

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar mengumumkan perluasan bantuan SARA RM100 untuk memberi produk sejuk beku
DS Anwar mengumumkan perluasan bantuan SARA RM100 untuk memberi produk sejuk beku

Oleh: Amal Manaf


Kerajaan MADANI bersetuju memperluaskan kategori barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merangkumi makanan sejuk beku, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri (PM) berkata, penglibatan kedai runcit kecil juga ditingkatkan kepada 10,000 menjelang akhir tahun ini dengan jarak capaian kedai SARA dikurangkan dalam lingkungan tujuh kilometer berbanding 10 kilometer pada masa ini.


"Sukacita diumumkan, Kerajaan bersetuju meluaskan kategori barangan SARA merangkumi makanan sejuk beku.


"Penglibatan kedai runcit kecil juga ditingkatkan kepada 10,000 menjelang akhir tahun, dengan jarak capaian kedai SARA dikurangkan dalam lingkungan 7 kilometer ketimbang 10 kilometer pada masa ini," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di Putrajaya hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, di bawah Belanjawan 2026, Kerajaan bersetuju SARA untuk

semua dilaksanakan buat kali yang kedua.


Katanya, ia merupakan hasil reformasi fiskal yang membawa kepada penjimatan dan dapat diagih semula untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.


"Bermula hari ini hingga 31 Disember 2026, semua 22 juta warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 melalui MyKad.


"SARA untuk semua boleh dibelanjakan bagi membeli barangan asas di lebih 10,000 kedai runcit dan pasar raya di semua daerah seluruh negara," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page