top of page

Umum calon awal strategi PH lonjak persiapan jentera - Ramanan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
7 hours ago
1 min read
Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri R Ramanan
Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri R Ramanan

Pakatan Harapan (PH) menyasarkan kemenangan antara 70 hingga 80 peratus kerusi ditandingi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.


Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri R Ramanan berkata bagi tujuan itu proses pemilihan calon sudah dilakukan secara teliti bagi memastikan mereka yang diketengahkan bukan sahaja memenuhi kriteria, tetapi mampu mencabar calon dari parti lawan.


Menurutnya, langkah mengumumkan calon lebih awal pada PRN Melaka juga sebagai strategi membolehkan jentera parti membuat persiapan lebih rapi menjelang hari penamaan calon pada Sabtu ini.


"Sebelum ini, calon hanya diumumkan dua atau tiga hari sebelum penamaan calon, tetapi kali ini kita membuat pengumuman lebih awal bagi membolehkan jentera membuat persiapan," katanya dipetik laporan media.


Ramanan yang juga Menteri Sumber Manusia berkata begitu pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Dharma MADANI dan Program Harmoni MADANI di Putrajaya pada Selasa.


Mengulas persaingan sengit di kerusi-kerusi tumpuan PRN Melaka, Ramanan berpandangan dinamik politik serta kekuatan sesebuah parti boleh berubah.


Keputusan pilihan raya menurutnya akan bergantung pelbagai faktor, termasuk perubahan sokongan pengundi menjelang hari pengundian.


"Ia bergantung kepada gelombang yang berlaku dalam tempoh dua hingga tiga hari terakhir," tambahnya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page