Umno tumpu kerjasama dengan Pas, MCA rasa dipinggirkan?


Perselisihan terbaharu antara MCA dan Umno dalam komponen BN menggambarkan parti pimpinan Datuk Seri Wee Dr Ka Siong itu masih menafikan kedudukannya yang akur kepada Umno dalam politik gabungan.
Setiausaha Politik kepada Presiden KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, Umno kini bersungguh-sungguh untuk menjalinkan kerjasama dengan bekas seterunya, Pas, sekali gus menyebabkan MCA dan MIC tidak lebih daripada parti kecil yang tidak relevan dan pandangan mereka dan boleh diketepikan.
"Barisan Nasional (BN) pada asalnya dibina berasaskan prinsip konsensus dan saling menghormati.
"Namun situasi semasa menunjukkan Umno kini menguasai segala-galanya dan mengharapkan parti lain akur kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain," kata beliau menerusi satu kenyataan.
Mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan keadaan dalam gabungan itu sebagai positif, Tze Tzin berkata perkara tersebut dilihat bertentangan dengan pendirian Ka Siong.
Terdahulu, Ka Siong dilapor berkata, terlalu awal untuk menganggap rundingan antara BN dan MCA berhubung pengagihan kerusi PRN Melaka mencapai perkembangan positif.
Katanya, kedua-dua pihak masih perlu meneruskan perbincangan bagi mencari titik penyelesaian berhubung ketidakpuasan hati MCA terhadap pengagihan kerusi pada PRN berkenaan.
Untuk rekod, kerusi yang dipertandingkan BN kali ini terhad sebanyak 21 kerusi berbanding Pilihan Raya Negeri 2021 lalu. Hal itu kerana BN terpaksa memberikan 7 kerusi lainnya kepada Pas-PN yang menjadi sekutu mereka.
Sedangkan parti komponen BN berharap mendapat lebih banyak kerusi daripada yang mereka pertahankan.
Pada PRN Melaka 2021, MCA diberi peluang bertanding 7 kerusi tetapi kali ini hanya dua.




Comments