Umno perlu henti lihat pendakwaan anti rasuah sebagai serangan politik - AMK


Umno seharusnya mengambil pendirian berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani yang tegas membersihkan parti itu daripada imej rasuah dan salah guna kuasa.
Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, Umno sudah terlalu lama dibebani dengan persepsi rasuah dan salah guna kuasa.
"Umno tidak sepatutnya melihat ketegasan Anwar membanteras rasuah sebagai ancaman kepada parti, sebaliknya peluang untuk melakukan reset terhadap budaya politiknya.
"Apabila Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada siapa harus kebal daripada tindakan undang-undang, UMNO sepatutnya menyambutnya sebagai peluang untuk membersihkan parti daripada budaya lama yang selama ini gagal mereka selesaikan dari dalam," katanya menerusi satu kenyataan.

Sebagai mengulas isu RCI Tabung Haji, Umno tegas beliau perlu melihat isu tersebut secara matang dan terbuka .
Penubuhan RCI berkaitan institusi yang membawa amanah besar umat Islam dan mempunyai kepentingan awam itu memberi ruang untuk fakta diteliti secara bebas, termasuk persoalan berkaitan tadbir urus, keputusan pelaburan dan kepentingan pendeposit.
"Jika terdapat kelemahan, ia perlu diperbetulkan. Jika berlaku kesalahan, pihak yang bertanggungjawab mesti berdepan dengan undang-undang. Jika tiada kesalahan, dapatan RCI pula boleh membersihkan nama mereka yang tidak bersalah," tegasnya.
Menerusi kenyataan sama beliau mengegsa Umno berhenti melihat setiap siasatan atau tindakan anti rasuah terhadap pemimpin mereka sebagai serangan politik.
Tindakan tersebut menurutnya hanya akan menguatkan persepsi bahawa Umno masih selesa mengamalkan budaya politik lama.
"Kalau Umno benar-benar mahu kembali relevan, mereka perlu berani menerima hakikat bahawa budaya lama perlu ditinggalkan.
"Kalau pemimpin bersih, tiada apa yang perlu ditakutkan. Kalau berlaku kesalahan, biarlah undang-undang menentukan tanpa mengira parti atau kedudukan," tambahnya.




Comments