top of page

Umno jangan berpelukan dengan PN, tetapi kekal jawatan dalam kerajaan

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
2 hours ago
1 min read

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa barisan menteri dan Ahli Parlimen daripada Umno untuk menyatakan pendirian tegas serta jelas berhubung desakan supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) diadakan lebih awal.


Naib Ketua AMK, Muhammad Nabil Halimi (gambar) menegaskan, sekiranya Umno komited untuk terus kekal bersama Kerajaan Perpaduan, parti itu sepatutnya memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan sehingga tamat penggal pentadbiran.


"Jangan sampai Umno dilihat satu kaki dalam kerajaan, satu kaki dalam pembangkang, di negeri berpelukan dengan PN, tetapi di Putrajaya masih mahu menikmati jawatan dan kedudukan dalam Kerajaan MADANI,


"Jika Umno memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), keputusan perlu dibuat segera dengan menyerahkan semula jawatan dalam kerajaan.


"Kerajaan Madani yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan rakan-rakan lain akan terus menyempurnakan baki mandat penggal ini selagi mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat," katanya dalam kenyataan.


Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2026 baru-baru ini memberikan gambaran PRU-16 mungkin perlu diadakan lebih awal dengan alasan rakyat merindui kepimpinan Barisan Nasional (BN).


Sementara itu Muhammad Nabil dalam kenyataan sama mengingatkan bahawa mandat rakyat bukan alat tawar-menawar politik.


Fokus utama kerajaan ketika ini tegasnya adalah menggunakan masa yang ada untuk meneruskan agenda reformasi, memperkukuh ekonomi negara serta menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.


"Rakyat tidak sepatutnya dibebankan dengan percaturan politik terutama ketika kerajaan masih mempunyai mandat untuk mentadbir negara.


"Biarlah rakyat membuat penilaian apabila tiba masanya pilihan raya kelak," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page