top of page

Ulang tahun ke 46 Tragedi Double Six di Sabah



Oleh: Farhash Wafa Salvador


ULASAN: Hari ini merupakan ulang tahun ke-46 Tragedi Double Six, iaitu nahas kapal terbang di daerah Sembulan, berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang mengorbankan 11 nyawa pimpinan tertinggi negeri Sabah pada ketika itu.


Bagi keluarga saya, peristiwa itu sangat signifikan kerana kami turut kehilangan datuk saudara saya iaitu Datuk Syed Hussain Wafa Syed Khalid Wafa, yang merupakan pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) negeri Sabah waktu itu.


Antara pakar ekonomi pertama


Pemergian datuk saudara saya adalah pada ketika beliau dianggap satu aset penting buat negara.


Allahyarham merupakan antara pakar ekonomi terawal yang dilahirkan negara dan merupakan rakyat Malaysia pertama yang memegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi dari Universiti Stanford di Amerika Syarikat.


Beliau begitu disanjung Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada ketika itu dan dianggap antara calon untuk jawatan Menteri Besar Perak.


Saya meratapi kehilangan ini setiap kali tiba ulang tahun peristiwa Tragedi Double Six kerana akibatnya tidak sempat saya mengenali Allahyarham datuk saya itu.


Tragedi buat negara

Pesawat GAF Nomad kendalian Sabah Air dari Labuan yang membawa rombongan Ketua Menteri Sabah, Allahyarham Tun Fuad Stephens telah terhempas di Sembulan, mengorbankan kesemua 11 orang, termasuk juruterbang dan anak kapal.


Ucapan takziah serta doa saya turut bersama keluarga mangsa-mangsa lain iaitu Menteri-menteri Kanan Sabah Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Chong Thien Vun, penolong menteri Darius Binion, Setiausaha Kementerian Kewangan Sabah Datuk Wahid Peter Andau, Setiausaha Sulit Tengku Razaleigh Hamzah Encik Isak Atan, Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi Tun Fuad), Kapten Gandhi Nathan (juruterbang) dan anak sulung Tun Fuad, Johari Stephens.


Saya hadiahkan ucapan al Fatihah buat mereka. Semoga roh mereka dirahmati Ilahi dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan calon Naib Presiden KEADILAN dan mantan Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page