top of page

Tutup Industri Tidak Penting Selama 2 Minggu


Oleh: Ameer Ali bin Vali Mohamed


Perdana Menteri umum Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 3.0 dilanjutkan tanpa tempoh dan memberi tiga penanda aras yang perlu dicapai, antaranya kes baharu harian di bawah 4,000 dan sekurang-kurang 10% rakyat sudah divaksin.


Rakyat tidak mempunyai apa-apa kuasa bagi menentukan kedua-dua penanda aras ini tercapai, tetapi rakyat yang akan terkesan dengan lanjutan PKP 3.0 ini yang buat pertama kali dilanjutkan tanpa dimaklumkan tempohnya.


Tutup majoriti kilang


Sebagai strategi mengurangkan kes baharu harian ke angka di bawah 4,000, saya ingin mencadangkan supaya industri yang tidak ada kena-mengena dengan makanan asasi ditutup selama dua minggu.


Ameer Ali bin Vali Mohamed

Jika dilihat geraf yang saya kongsi, yang datanya diperolehi daripada pengumuman harian Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan kluster baharu harian tempat kerja merupakan kluster baharu harian yang terbesar sejak data tersebut disediakan untuk tatapan umum.


Peratusan paling rendah bilangan kluster baharu harian tempat kerja ialah 50% daripada jumlah kluster baharu harian, iaitu pada 19 Jun, dan paling tinggi di tahap 87% pada 9 Jun dan 86% pada 25 Jun.


Peratusan paling tinggi bilangan kluster baharu harian komuniti pula ialah 32% pada 21 Jun, jauh lebih rendah daripada peratusan paling rendah bagi bilangan kluster baharu harian tempat kerja, iaitu 50%.


Dari 8 hingga 26 Jun, dilaporkan 270 bilangan kluster baharu tempat kerja berbanding hanya 86 kluster baharu komuniti.


Empat kluster lain, iaitu kumpulan risiko tinggi, pusat tahanan, pendidikan dan keagamaan hanya melaporkan sejumlah 38 kluster. Malah kluster keagamaan yang terakhir dilaporkan sehingga 26 Jun ialah stau kluster baharu pada 10 Jun.


Peningkatan kes di tempat kerja


Ini boleh memberi makna bahawa kluster tempat kerja memberi sumbangan yang besar kepada kes baharu harian.


Kenaikan peratusan kes tempatan dalam kalangan bukan warganegara melebihi 10% sejak 2 Jun dan mencapai 27 hingga 28% pada 11, 18 dan 25 Jun juga seolah-olah mengesahkan kenaikan kes di tempat kerja terutamanya di kilang-kilang.


Oleh yang demikian, bagi mengurangkan kes baharu harian supaya kita boleh ke peringkat PKP 3.0 fasa kedua, saya mencadangkan supaya kilang-kilang yang tiada kaitan dengan produksi makanan asasi ditutup selama dua minggu bermula 29 Jun 2021.


Dalam strategi "live" mengatasi "livelihood" sekarang ini, kita seharusnya hanya menumpukan kepada pembuatan dan perkhidmatan yang perlu sahaja, atau dalam istilah Maqasid Syariah, keperluan daruri.


Mohon mencadang demi majoriti rakyat yang sudah letih dengan PKP ini.


Bite the bullet now, once and for all.

_______________________________________________________________________________


Penulis merupakan Mantan Pegawai Khas (Ekonomi) kepada Mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page