top of page

Turun RON95 ringankan beban, perkukuh peranan wanita urus rumah tangga

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 28
  • 1 min read

ree

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September ini di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) disambut baik sebagai langkah meringankan beban rakyat, khususnya golongan wanita.


Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Sibuti, Zulhaidah Suboh (gambar) berkata, langkah itu memberi kesan langsung kepada 'pengurus' rumahtangga yang kebanyakannya adalah wanita.


"Dari kaca mata wanita sebagai nadi pengurus rumahtangga, mereka sering paling merasai beban kenaikan harga barangan dan wanita juga yang paling tahu butiran perbelanjaan keluarga," ujarnya dalam satu kenyataan.


Menurut pemimpin KEADILAN Sarawak itu, inisiatif BUDI95 bukan hanya soal penurunan harga semata-mata, tetapi lebih kepada memperkukuh kuasa wanita dalam mengurus ekonomi keluarga.


"Ia bukan sekadar tentang menerima wang, tetapi tentang memastikan bantuan itu sampai kepada pengurus rumahtangga, khususnya yang menjadi tulang belakang keluarga dan digunakan demi kesejahteraan seluruh ahli keluarga," katanya.


Tambahnya lagi, pengurangan harga petrol itu diyakini mampu memberi ruang lebih baik kepada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana untuk menyeimbangkan perbelanjaan harian, seterusnya meningkatkan kesejahteraan isi rumah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page