top of page

Trend 'gelombang hijau' telah sampai kemuncak, kian mereda - Tze Tzin

  • Writer: Sidiqin Omar
    Sidiqin Omar
  • Apr 16
  • 1 min read

Formula Kerajaan Perpaduan melalui sokongan merangkumi pelbagai kaum dan wilayah dilihat menjadi kunci utama kepada kestabilan Kerajaan MADANI dalam tempoh empat tahun sejak 2022, kata Pengarah Strategik KEADILAN, Sim Tze Tzin (gambar).


Beliau berkata, gabungan sokongan daripada pengundi Melayu, Cina, India serta Sabah dan Sarawak telah membentuk satu komposisi politik yang seimbang dan berkesan dalam mentadbir negara.


"Kerajaan hari ini mempunyai formula yang betul, iaitu merangkumi semua kaum, agama dan wilayah termasuk Sabah dan Sarawak. Ini adalah asas penting untuk mentadbir negara dengan baik.


"Pendekatan inklusif itu bukan sahaja memastikan kestabilan politik, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan keyakinan pelabur asing.


"Apabila kita ada kestabilan politik, ia membantu menarik pelaburan luar, meningkatkan ekonomi dan memperkukuh pembangunan teknologi negara," kata Tze Tzin dalam wawancara khas bersama Suara Keadilan.


Mengulas mengenai fenomena “gelombang hijau”, Sim berpandangan bahawa trend tersebut telah mencapai kemuncaknya dalam pilihan raya negeri (PRN) 2023 lalu dan tidak menunjukkan peningkatan ketara selepas itu.


"Pada pandangan saya, gelombang hijau telah sampai ke tahap maksimum. Ia tidak lagi berkembang seperti sebelum ini," katanya.


Beliau menjelaskan, strategi yang terlalu bergantung kepada sentimen kaum dan agama mempunyai had tersendiri dan tidak mampu menembusi kawasan bandar serta negeri-negeri di Malaysia Timur.


"Jika mereka terus memainkan sentimen perkauman dan agama, mereka hanya akan kekal pada tahap itu sahaja. Sukar untuk menembusi kawasan campuran, bandar serta Sabah dan Sarawak," katanya.


Tambah beliau, situasi itu turut mendorong pembangkang menilai semula pendekatan mereka, termasuk usaha untuk mendekati pengundi bukan Melayu dan wilayah Borneo.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page